Pages

Wednesday 22 June 2011

Tali pancing daiwa (MEGA FORCE)


Megaforce Distance Line

Japanese produced lines are known for their unmatched consistency and ultra-smooth polished finish. These are no exceptions, each specifically formulated for its intended use.

• Ultra-smooth finish
• Supple for easy handling and control
• Reduced memory
• Available in Clear or Smoke Green
• Filler and bulk service spools
• 2 lb. to 20 lb. test
• Made in Japan

Tuesday 21 June 2011

Memancing ikan pari di jeti pantai perpat 4



Setelah sekian lama ikan pari tidak berjaya di naikkan di jeti pantai perpat, akhirnya kali ini ikan pari sudah mengganas semula di jeti pantai perpat ini. Ini adalah antara ragam-ragam ketika anda memancing ikan pari di jeti pantai perpat ini. kalau masa ikan pari ini nak ada, hari-hari boleh menaikkan ikan pari, tetapi kalau sewaktu ikan pari tidak ada pernah kami menunggu sehingga sebulan barulah ikan pari mula berjaya dinaikkan. Tetapi kali ini ikan pari yang berjaya di naikkan adalah seberat 2.5kilo gram dan ikan ini dinaikkan sewaktu air laut pasang petang sekitar pukul 2 petang.

Thursday 16 June 2011

Pembikinan jeti pantai perpat(Dalam proses)

Sehinga kini jeti pantai perpat ini masih di dalam proses pembikinan, kebanyakan kerja-kerja kami tergendala adalah disebabkan pihak kami kekurangan bahan mentah. Walau bagaimanapun sedikit sebanyak kami buat juga jeti berkenaan dengan mana-mana bahan mentah yang ada dahulu. Harap-harap bulan ini pihak kami berjaya menyiapkan jeti berkenaan.

Friday 10 June 2011

Suasana ketika hujan di jeti pantai perpat

Hujan munkin akan menjadi penghalang kepada anda yang sedang ataupun hendak pergi memancing. Jadi di atas jeti pantai perpat ini kami juga ada membuat beberapa pondok untuk kita berteduh sewaktu hujan. Untuk permulaan kami membuat pondok sebanyak dua buah pondok untuk kita semua berteduh ketika hujan turun nanti. Jikalau pihak kami mempunyai modal pusingan nanti, mungkin pihak kami akan menambah lagi bilangan pondok yang lain pula. Jadi selamat memancing.

Sunday 5 June 2011

Cara mengikat rapala

Rapala Knot
The Rapala Knot forms a non-slip loop at the end of a line. Making a loop connection to a fly or lure can give it more action. This one is named after the lure company that popularized it as a means of connecting their lures to monofilament line.

Friday 3 June 2011

Perubahan pembikinan jeti pantai perpat

Gamba rajah di atas menunjukkan antara perubahan-perubahan proses pembikinan jeti pancing di pantai perpat. Walaupun kami buat sedikit demi sedikit akhirnya sampai juga tiba di persisiran pantai. Masih banyak lagi yang perlu di buat. Kalaulah barang semua benar-benar cukup dan juga tenaga pekerja pun benar-benar mencukupi, rasanya boleh cepat jeti pancing ini di siapkan.

Alhamdulillah, dalam keadaan jeti yang masih belum siap. Ada juga rakan-rakan yang sudah menaiki jeti untuk memancing dan telah memberi bayaran, boleh juga pihak kami menggunakan duit bayaran itu sebagai modal untuk menyiapkan jeti memancing ini.

Kepada rakan-rakan kaki pancing yang sedang menunggu-nunggu perasmian jeti pancing ini, harap bersabarlah. Walaupun agak lambat pihak kami menyiapkan jeti pancing ini, pihak kami tetap juga akan menyiapkan jeti pancing ini... harap bersabarlah.

Wednesday 1 June 2011

Memancing ikan siakap di jeti pantai perpat

Pada tarikh 1/6/11 salah seekor ikan siakap berjaya di naikkan di sekitar jeti pantai perpat. Anggaran berat ikan siakap ini adalah dalam lingkungan 1.5 kilo gram. Antara umpan yang digunakan ialah udang hidup. Ikan ini juga di pancing dengan menggunakan teknik apungan iaitu dengan menggunakan pelampung.

Pembikinan jeti pantai perpat(Dalam proses)

Salam sejahtera... projek jeti pantai perpat ini masih lagi dalam proses. Banyak lagi yang perlu di siapkan, nampak gayanya pada awal bulan 6 ini tidak cukup masa untuk perasmian kerana jeti ini masih lagi dalam proses dan masih belum lagi siap. Akan tetapi rakan-rakan semua jangan risau, kerana jeti ini panjangnya sudah mencecah ke darat. Kebanyakan masalah ini berlaku adalah di sebabkan faktor modal dan juga barang-barang masih tidak lagi mencukupi. Kepada rakan-rakan sekalian doakan supaya pihak kami berjaya menyiapkan jeti pantai perpat ini, terima kasih.