Pages

Thursday 27 October 2011

Sepetang di jeti pancing pantai perpat



Walaupun tidak setiap petang saya datang melawat jeti, tapi semalam petang sempat juga saya datang melawat jeti di petang hari dan membuat apa-apa yang patut di atas jeti. Sambil menikmati keindahan pantai di petang hari. Rasa seperti otak ni begitu tenang sekali... hehe..

Antara kerja-kerja yang sempat saya lakukan ialah mengemas daun langai daripada anak-anak ikan yang tersangkut di jaring langai, jaring langai ini juga perlu di jaga. Biasanya antara perkara yang menyebabkan daun langai ini reput adalah disebabkan anak-anak ikan yang sangkut di daun langai dan tidak dibersihkan. Selain daripada faktor cuaca.

Saturday 22 October 2011

Teknik menyambung tali pancing (Slim Beauty Knot)



Monday 17 October 2011

Kesan perubahan pantai perpat

GAMBAR SEBELUM:

GAMBAR SELEPAS:

Berikut adalah kesan perubahan pasir di jeti pantai perpat, kali ini bukan sahaja di sebabkan oleh hakisan ombak. Akan tetapi kali ini hakisan adalah di sebabkan oleh ribut yang melanda persisiran pantai perpat ini. Di sebabkan ribut melanda selama seminggu berturut-turut pasir di laluan naik ke jeti berubah dan beralih.

Mengikut daripada kesan perubahan berikut, pihak kami terpaksa membuat laluan sementara untuk menaiki jeti di pantai perpat ini. Kepada rakan-rakan yang hendak menaiki jeti ini untuk memancing terpaksa melalui laluan jeti sementara yang agak mencabar untuk melepasinya.

Mungkin agak lambat untuk kami menyiapkan laluan menaiki jeti ini. Semuanya adalah kerana pihak kami kekurangan batang pinang untuk menyiapkan laluan ini. Dan kami juga menghadkan orang yang hendak memancing kepada mereka yang berani melepasi laluan yang agak mencabar ini atas faktor keselamatan.