Pages

Showing posts with label Jeti memancing. Show all posts
Showing posts with label Jeti memancing. Show all posts

Saturday, 10 December 2011

Tangga sementara di jeti memancing pantai perpat


Berikut adalah antara gambar-gambar bahagian tepi (darat) jeti memancing pantai perpat rengit, johor. Seperti di dalam gambar menunjukkan gambar tangga yang sekian lama baru sekaranglah baru kami berjaya membuat tangga di jeti berkenaan.

Walaupun hanya sekadar tangga sementara di jamin tangga ini sememangnya kuat. Kalau hendak mengikut pada rancangan asal sememangnya lain bentuk tangga yang di rancang.


Atas dasar permintaan orang ramai yang banyak mengadu susah hendak menaiki jeti kerana tidak ada tangga, jadi pihak kami telah membuat tangga sementara seperti di dalam gambar berkenaan.

Wednesday, 3 August 2011

Kini sudah boleh memancing di jeti

Salam sejahtera kepada rakan-rakan kaki pancing sekalian kali ini jeti di pantai perpat ini sudah boleh dinaiki untuk para pemancing sekalian dengan keadaan laluan yang agak selesa dan tidak lagi menggunakan laluan yang hanya sebatang titi sahaja. Maklumlah ada sesetengah orang memang tidak berani dengan laluan yang agak mencabar dan bahaya seperti sebelum ini.

Mengikut keadaan sebenar seperti sekarang ini, sebenarnya jeti ini masih lagi dalam proses pembikinan dan masih belum siap sepenuhnya. Akan tetapi proses pembikinan jeti ini masih lagi berjalan sedikit demi sedikit walaupun di tengah bulan ramadan yang mulia ini. Pihak kami membuat jeti ini mengikut kemampuan ada. Sekian setakat disini sahaja untuk cerita kali ini dan selamat berpuasa.

Wednesday, 1 June 2011

Pembikinan jeti pantai perpat(Dalam proses)

Salam sejahtera... projek jeti pantai perpat ini masih lagi dalam proses. Banyak lagi yang perlu di siapkan, nampak gayanya pada awal bulan 6 ini tidak cukup masa untuk perasmian kerana jeti ini masih lagi dalam proses dan masih belum lagi siap. Akan tetapi rakan-rakan semua jangan risau, kerana jeti ini panjangnya sudah mencecah ke darat. Kebanyakan masalah ini berlaku adalah di sebabkan faktor modal dan juga barang-barang masih tidak lagi mencukupi. Kepada rakan-rakan sekalian doakan supaya pihak kami berjaya menyiapkan jeti pantai perpat ini, terima kasih.

Thursday, 14 April 2011

Proses pembikinan jeti di pantai perpat


Di dalam gambar di atas adalah antara gambar-gambar proses pembikinan jeti di pantai perpat. Pihak kami sedang menukang jeti untuk laluan. Kalau nak di ikutkan dari awal dah boleh siap, cuma masalahnya kami kekurangan kayu, maklumlah modal tak cukup. Nasib baik pihak kami mendapat bantuan kayu daripada brader-brader TNB terima kasih kat dia orang. Dari segi masa pula pihak kami mengambil masa dalam 1 hari lebih kurang 4 jam untuk pihak kami menukang kerana saya dan rakan-rakan kongsi masing-masing ada kerja lain. Kadang-kadang masa 4 jam tu pun boleh jadi pendek atas faktor air pasang surut atau pun hujan ribut.

Sebab apa masalah dengan air pasang surut? sebabnya ialah jeti laluan dari pondok pergi ke darat kami masih belum siap. Tengah syok-syok menukang air pun sudah gerak pasang, yang masalahnya bila time air laut pasang sebelum hampir-hampir penuh. Kami terpaksa cepat-cepat berhenti menukang dan segera pulang, yelah kalau jeti ke darat masih belum siap takut-takut bila air dah penuh tidak dapat pula kami nak pulang ke darat. kalau tidak terpaksa kami menunggu air surut baru kami dapat pulang ke darat. Ada satu lagi cabaran ni tengah asik kami menukang, secara tiba-tiba cuaca berubah menjadi gelap menandakan hujan hendak turun, kalau hujan turun macam biasa tak apa lagi, ni siap dengan angin ribut. Kalau hujan turun macam biasa boleh lagi kami berteduh di pondok, tapi kalau dah siap dengan ribut berteduh dekat pondok pun kami akan basah kerana air hujan akan banyak tempias ke dalam pondok disebabkan angin bertiup kencang. Sudah pasti kami tidak boleh membuat kerja pada ketika itu.

Kalau nak di ikutkan masih terlalu banyak lagi kerja yang perlu di buat, antaranya ialah menebang, mengangkut dan memacak batang pinang dan buluh. Membuka dan mengangkut kayu daripada mana-mana projek memasang kable TNB, susah juga nak buka kayu gulungan kable TNB ni. Apabila barang semua dah ada dan sudah di pacak tiang-tiangnya kami perlu mengikat pula untuk membuat pondok dan jeti laluan. Peh! bukan senang semua kerja-kerja tu. Bila sudah siap semua kerja-kerja itu barulah kami buat kerja-kerja menukang pula. Tapi buat masa sekarang ni baru siap sedikit sahaja, perlahan-lahan asalkan siap. Maklumlah kerana kami masing-masing ada kerja lain, kalau kami tidak buat kerja lain bagaimana kami hendak mendapat modal untuk menyiapkannya.

Sunday, 10 April 2011

Jeti memancing di pantai perpat

Salam sejahtera kepada para pemancing-pemancing sekalian, seperti di dalam gambar di atas saya dan rakan-rakan ada membuat satu projek pembikinan jeti untuk pemancing-pemancing sekalian. Untuk makluman kepada para pemancing sekalian jeti ini kemungkinan akan di rasmikan pada awal bulan 6.2011 harap-harap tak ada apa-apa masalah dan doakan kita orang berjaya amin...Lokasi di pantai perpat laut, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.

Antara perkara-perkara yang akan dirasmikan pada awal bulan 6.2011 nanti, adalah untuk pemancing-pemancing sudah boleh mula memancing ikan di jeti berkenaan. Di jeti ini juga kami ada membuat pondok langgai untuk mencari udang hidup, anak-anak ikan, sotong dan lain-lain. Kepada anda yang hendak menggunakan umpan segar ataupun kekurangan umpan pihak kami akan menjualkannya untuk dijadikan umpan. Antara umpan-umpan lain yang mungkin pihak kami akan jual ialah umpun-umpun dan ruat.

Atara jenis-jenis ikan yang bermain di kawasan jeti berkenaan ialah ikan pari, ikan sembilang, ikan belukang, ikan gelama, ikan duri, ikan malong, ikan siakap, ikan senangin dan lain-lain. Tetapi ikan yang biasa dinaikkan ketika memancing ialah ikan pari, ikan sembilang, ikan blukang dan ikan gelama, yang lain-lain jenis pula terpulang pada tuah dan skill anda. Bagi ikan siakap dan ikan senangin pula biasanya sesuai di pancing pada waktu siang.

Untuk makluman kepada anda, pihak kami ketandusan modal, jadi pihak kami bermula dengan jeti memancing kos rendah. Dengan perlahan-lahan kami mencari modal untuk menyiapkannya. Dengan harapan supaya anda dapat memberi sokongan kepada pihak kami apabila jeti ini sudah dapat di rasmikan. Terima kasih. Untuk maklumat peta dan bagai mana hendak berhubung melalui talifon tunggu artikel yang akan datang.

Antara rancangan-rancangan pada masa akan datang apabila pihak kami sudah ada pusingan modal:
1-tiang jeti akan di tukarkan kepada tiang kongkrit.
2-Kedai makan atau restron makanan laut yang hasilnya ada di kawasan berkenaan seperti belangkas, siput, udang, remis dan lain-lain, Pasti segar.
3-Rumah rehat dan rawat(R&R), sheiley.
4-Kawasan untuk bergambar, khas untuk pengantin dan pelawat.
5-Pekej memancing dan bercuti 2 hari 1 malam.