Pages

Showing posts with label pantai perpat. Show all posts
Showing posts with label pantai perpat. Show all posts

Wednesday, 16 November 2011

Pantai perpat antara lokasi pilihan juru gambar


Hasil-hasil gambar : @alwi




Pengantin : @Neezah ameen



Antara aksi-aksi penembak tepat :


Hasil-hasil gambar yang telah di ambil : @bro pro (nasa)
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana telah menambah aktiviti dan memeriahkan lagi suasana di pantai perpat ini. Sekian terima kasih.

Monday, 17 October 2011

Kesan perubahan pantai perpat

GAMBAR SEBELUM:

GAMBAR SELEPAS:

Berikut adalah kesan perubahan pasir di jeti pantai perpat, kali ini bukan sahaja di sebabkan oleh hakisan ombak. Akan tetapi kali ini hakisan adalah di sebabkan oleh ribut yang melanda persisiran pantai perpat ini. Di sebabkan ribut melanda selama seminggu berturut-turut pasir di laluan naik ke jeti berubah dan beralih.

Mengikut daripada kesan perubahan berikut, pihak kami terpaksa membuat laluan sementara untuk menaiki jeti di pantai perpat ini. Kepada rakan-rakan yang hendak menaiki jeti ini untuk memancing terpaksa melalui laluan jeti sementara yang agak mencabar untuk melepasinya.

Mungkin agak lambat untuk kami menyiapkan laluan menaiki jeti ini. Semuanya adalah kerana pihak kami kekurangan batang pinang untuk menyiapkan laluan ini. Dan kami juga menghadkan orang yang hendak memancing kepada mereka yang berani melepasi laluan yang agak mencabar ini atas faktor keselamatan.

Sunday, 10 April 2011

Jeti memancing di pantai perpat

Salam sejahtera kepada para pemancing-pemancing sekalian, seperti di dalam gambar di atas saya dan rakan-rakan ada membuat satu projek pembikinan jeti untuk pemancing-pemancing sekalian. Untuk makluman kepada para pemancing sekalian jeti ini kemungkinan akan di rasmikan pada awal bulan 6.2011 harap-harap tak ada apa-apa masalah dan doakan kita orang berjaya amin...Lokasi di pantai perpat laut, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.

Antara perkara-perkara yang akan dirasmikan pada awal bulan 6.2011 nanti, adalah untuk pemancing-pemancing sudah boleh mula memancing ikan di jeti berkenaan. Di jeti ini juga kami ada membuat pondok langgai untuk mencari udang hidup, anak-anak ikan, sotong dan lain-lain. Kepada anda yang hendak menggunakan umpan segar ataupun kekurangan umpan pihak kami akan menjualkannya untuk dijadikan umpan. Antara umpan-umpan lain yang mungkin pihak kami akan jual ialah umpun-umpun dan ruat.

Atara jenis-jenis ikan yang bermain di kawasan jeti berkenaan ialah ikan pari, ikan sembilang, ikan belukang, ikan gelama, ikan duri, ikan malong, ikan siakap, ikan senangin dan lain-lain. Tetapi ikan yang biasa dinaikkan ketika memancing ialah ikan pari, ikan sembilang, ikan blukang dan ikan gelama, yang lain-lain jenis pula terpulang pada tuah dan skill anda. Bagi ikan siakap dan ikan senangin pula biasanya sesuai di pancing pada waktu siang.

Untuk makluman kepada anda, pihak kami ketandusan modal, jadi pihak kami bermula dengan jeti memancing kos rendah. Dengan perlahan-lahan kami mencari modal untuk menyiapkannya. Dengan harapan supaya anda dapat memberi sokongan kepada pihak kami apabila jeti ini sudah dapat di rasmikan. Terima kasih. Untuk maklumat peta dan bagai mana hendak berhubung melalui talifon tunggu artikel yang akan datang.

Antara rancangan-rancangan pada masa akan datang apabila pihak kami sudah ada pusingan modal:
1-tiang jeti akan di tukarkan kepada tiang kongkrit.
2-Kedai makan atau restron makanan laut yang hasilnya ada di kawasan berkenaan seperti belangkas, siput, udang, remis dan lain-lain, Pasti segar.
3-Rumah rehat dan rawat(R&R), sheiley.
4-Kawasan untuk bergambar, khas untuk pengantin dan pelawat.
5-Pekej memancing dan bercuti 2 hari 1 malam.