Pages

Monday, 25 April 2011

Memancing ikan sembilang di jeti pantai perpat

Salam sejahtera kepada para pemancing sekalian kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman-pengalaman saya memancing ikan sembilang, sepanjang berada di atas jeti pantai perpat. Ikan sembilang adalah sejenis ikan yang agak popular bagi para pemancing-pemancing pantai, muara ataupun sungai. Di jeti pantai perpat ikan sembilang ini adalah antara ikan-ikan yang gemar bermain di sekitar jeti berkenaan.


Di sepanjang pengalaman saya memancing ikan sembilang, semasa berada di atas jeti pantai perpat, waktu-waktu yang sesuai untuk memancing ikan sembilang ini ialah ketika air laut mula bergerak pasang. Kerana biasanya ikan sembilang ini gemar menyusur mengikut air laut yang sedang bergerak pasang untuk mencari makanan. Jadi, semasa di atas jeti pantai perpat antara ikan-ikan yang kemungkinan awal anda akan naikkan ialah ikan sembilang ini.

Tetapi biasanya ikan sembilang yang kami dapat sewaktu air laut mula bergerak pasang adalah ikan yang bersais kecil. Biasanyalah, tapi kalau bernasib baik ikan sembilang besar juga boleh dapat. Akan tetapi biasanya ikut pengalaman kami ikan sembilang yang bersais besar biasanya kami dapat ketika air laut agak dalam berarus dan juga air laut bergerak surut.

Kalau mengikut pada cuaca pula, waktu yang bagus adalah selepas waktu hujan. Jangan masa hujan pula anda pergi memancing comfirm basah. Menurut kajian dan pengalaman kami biasanya paling banyak dapat ikan sembilang ini ialah sewaktu lepas hujan. Pada asalnya kami mendapat petua ini daripada orang-orang lama dan kami pergi menguji petua daripada orang-orang lama itu dan nampaknya kata-kata orang lama itu boleh dikatakan betul. Antara umpan-umpan yang kami gunakan yang pernah mendapat ikan sembilang ini, antaranya ialah udang, sotong, umpun-umpun, dan ruat.

0 comments:

Post a Comment