Pages

Monday, 18 April 2011

Teknik memancing ikan pari di jeti pantai perpat 2


Salam sejahtera kepada pemancing-pemancing kali ini saya hendak menyambung cerita tentang bagaimana kita hendak memancing ikan pari di jeti pantai perpat. Mengikut dari cerita yang lepas saya telah bercerita tentang bagaimana cara melihat kawasan yang sesuai untuk membuat balingan dan bagaimana hendak membuat perambut yang sesuai untuk memancing ikan pari di jeti pantai perpat. Kali ini saya hendak bercerita pula tentang umpan apa yang sesuai digunakan untuk memancing ikan pari di jeti pantai perpat dan kebiasaannya waktu bila ikan pari mula memakan umpan.

Antara umpan-umpan yang telah kami cuba dan mengkaji sepanjang kami berada di atas jeti pantai perpat, antaranya ialah udang putih, udang pekci, udang kulit keras, ikan besia, ikan belanak, ikan bulu ayam, sotong katak, umpun-umpun, ruat. Akan tetapi dalam banyak-banyak umpan yang telah digunakan, umpan yang paling kerap mengena ikan pari ialah udang yang bersais besar selain daripada udang kulit keras dan sotong katak. Kami juga pernah mendapat ikan pari dengan menggunakan umpan ruat, Erm... perkara itu cuma satu kali sahaja berlaku. Tapi umpan untuk ikan pari di jeti pantai perpat yang kerap mengena iaitu udang dan sotong katak.

Mengikut pengalaman dan kajian kami, jika dari awal air laut mula bergerak pasang ikan yang turut mula memakan umpan ialah ikan-ikan sembilang, ikan gelama, ikan belukang, ikan duri, ikan usat dan lain-lain. Kira ok jugak lah tu... Tapi ikan pari masih belum mahu mula memakan umpan, anda jangan risau biasanya ikan pari mula memakan umpan apabila air laut sudah pasang penuh ataupun arus air laut sudah mula perlahan. Waktu itulah anda perlu berjaga-jaga, maklumlah ikan pari ni adalah sejenis ikan yang ganas. Ada kemungkinan joran anda boleh tercampak ke laut di sebabkan keganasan ikan pari ini.

Anda juga perlu mengetahui tentang gangguan lain ketika anda mencuba memancing ikan pari ini. Antaranya ialah umpan yang anda pasang munkin akan di makan oleh ikan lain. Ia akan menyebabkan umpan anda rosak atau habis, ikan pari agak cerewet jika umpan anda rosak agak susah untuk mendapatkan ikan pari ini. Biasanya ikan gelama paling gemar menggangu umpan anda. Atau cara lain anda memancing sekali ikan gelama, tunggu sehinga ikan gelama kurang menggangu atau memakan umpan biasanya waktu dan ketika itulah ikan pari sedang datang, dan ikan-ikan lain akan berkurangan. Pada waktu itulah anda perlu menukar kepada umpan yang baru dan ikan lain tidak akan mengganggu umpan anda.

Teknik-teknik memancing ikan pari ini adalah daripada pengalaman dan kajian kami sepanjang berada di jeti pantai perpat. Terpulang kepada anda hendak ikut ataupun tidak atau anda sudah mempunyai teknik tersendiri untuk memancing ikan pari ini. Kami cuma hendak berkongsi pengalaman. Selamat mencuba dan selamat memancing.

i-Punya Volkswagen Golf TSI !!!

0 comments:

Post a Comment