Seperti di dalam gambar di atas, berikut adalah antara aktiviti semasa kami memacak tiang jeti dengan menggunakan batang daripada pokok pinang. Kerja-kerja memacak tiang kali ini tidaklah terlalu rumit berbanding sebelum ini. Kerana kali ini kami memacak tiang di atas permukaan yang boleh di pijak, seperti pasir. Kalau sebelum ini kami memacak tiang di kawasan berlumpur yang mana kalau di pijak akan tenggelam. Memang suatu kerja yang merumitkan.
Cuma cabaran kali ini, kami terpaksa mengorek lubang di permukaan pasir. Bukan senang nak buat wahai rakan-rakan. Bayangkan ketika menggali, pasir akan runtuh dan menggali hendaklah sehingga jumpa tanah yang berada di bawah pasir.
Dengan berbekalkan beberapa kemahiran dan pengalaman yang ada. Pasir yang runtuh itu kami alaskan dengan PVC yang bersais besar untuk mengelakkan pasir itu runtuh semula ke dalam lubang. Antara kenapa perlu menggali sehinga jumpa tanah adalah kerana, untuk memudahkan membenamkan tiang pada kedalaman yang di kehendaki.
0 comments:
Post a Comment