Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keadaan sekeliling jeti pantai perpat sewaktu air laut sedang surut. Gambar ini di ambil dari sudut sebelah laut ke arah darat ketika air laut sedang surut kering. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini tentang keadaan beting pasir, sila rujuk artikel teknik memancing ikan pari di jeti pantai perpat. Sila lihat di dalam gambar rajah di atas, anda boleh melihat antara contoh-contoh keadaan beting pasir yang mana ikan-ikan gemar bermain di kawasan berkenaan dan kawasan beting pasir inilah ikan pari gemar bermain. Jadi kepada anda yang akan pergi memancing di jeti pantai perpat ini nanti, adalah lebih baik jika anda dapat datang sebelum air laut bergerak pasang. Kerana anda boleh melihat dahulu di kawasan manakah yang ada beting pasir ini untuk anda membuat balingan yang sesuai ketika anda memancing nanti. Kepada para pemancing bersiap sedialah untuk perasmian di jeti pantai perpat yang kemungkinan akan di rasmikan pada awal bulan 6 ini. Selamat memancing. Terima kasih.
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong
kata pembantu
-
PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang
cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku
Razaleigh Hamzah,...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment