Pages

Thursday, 19 May 2011

Memancing ikan pari di jeti pantai perpat 3

Pada tarikh 16.5.2011 antara tarikh saya dan rakan-rakan pergi memancing. Mengikut pada rancangan awal saya dan rakan hendak pergi menyiapkan jeti dengan memacak batang pinang, tetapi rancangan kami berubah apabila rakan saya mengatakan ada rakan dia hendak turun pergi memancing pada hari berkenaan. Oleh kerana saya dan rakan-rakan sudah agak lama tidak turun ke laut, pada asalnya kami sangka air laut pasang lewat, rupa-rupanya air laut pasang awal dan kami tidak sempat untuk memacak batang pinang jadi kami hanya pergi memancing pada hari berkenaan.


Air laut mula bergerak pasang dalam lingkungan pukul 4.00ptg. Seperti biasa kami pergi melangai dahulu untuk mencari umpan. Pada awal air laut pasang, antara ikan-ikan yang berjaya di naikkan adalah ikan-ikan gelama, sembilang, belukang dan malung. Pada hari berkenaan memang banyak kami menaikkan ikan-ikan gelama panjang atau nama lain gelama pisang.

Mengikut daripada gambar di atas (gambar bawah) ikan pari tersebut berjaya dinaikkan sewaktu air laut bergerak pasang dan hampir penuh. Setelah lama kemudian saya dan seorang rakan saya sudah agak bosan dan hendak pulang kerana ikan pari tidak hendak lagi menyentap umpan, sebenarnya awal pagi besok saya ada kerja. Saya pun pulang dahulu dengan seorang kawan.

Sebelum masing-masing pulang ke rumah saya dan rakan saya itu pergi mengeteh(minum) dahulu di pekan. Sedang sedap kami minum tiba-tiba rakan saya yang masih memancing menalifon rakan saya mengatakan dia dapat menaikkan lagi ikan pari seberat 15kg (Gambar atas).

0 comments:

Post a Comment