Pages

Friday 18 November 2011

Angin kencang, laut gelora mulai Isnin ini


Keadaan cuaca untuk pergi mencing, dalam keadaan membimbagkan. Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora Isnin ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa angin berkelajuan 40-50 km sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku sehingga 29 Nov.

Angin kencang itu dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Tioman.

Kawasan lain yang terlibat adalah perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore dan Reef North (sekitar kawasan perairan Laut China Selatan), Pulau Layang-layang, Bunguran (antara Semenanjung dan Kuching), Reef South (sepanjang perairan Sarawak) dan Palawan (utara Sabah).

Keadaan angin kecang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan bot kecil, kata jabatan itu.

(malaysiakini.com)

Jadi kepada rakan-rakan yang telah merancang untuk pergi memancing eloklah di tangguhkan buat sementara waktu, atas dasar-dasar keselamatan.

1 comments:

Biasalah hujung tahun musim banjir, musim angin kuat, hujan dan sebagainya.....

Post a Comment