Pages

Wednesday 2 November 2011

Bekalan kayu untuk jeti pancing

Alhamdulillah berjaya juga kami mendapatkan bekalan kayu untuk menyiapkan jeti pantai pancing perpat ini. Bekalan kayu ini di perolehi di atas kami meminta dengan rakan-rakan yang bekerja dengan tenaga national berhad.


Ini adalah salah satu cara terbaik kepada kami yang kekurangan modal untuk membeli kayu. Kayu yang diambil daripada tong dram kable ini agak berkualiti dan tebal papannya. Agak berpuas hati kalau menggunakan kayu daripada tong kable ini.

Cuma masalah untuk mengangkut dan membuka kayu ini memerlukan banyak kerja, satu persatu dengan tanpa menjejaskan kualiti kayu tersebut. Satu tong kable ini kelihatan seperti sedikit, tetapi setelah di buka semuanya berulah anda akan tahu akan banyaknya kayu tersebut.

0 comments:

Post a Comment