Pages

Thursday 2 February 2012

Tiang jeti memancing di sambar petir





Pada awalnya saya sangkakan tiang jeti memancing ini di pecahkan oleh orang yang mempunyai niat dengki, kerana saya datang ke jeti dalam keadaan agak gelap sekitar jam 11 malam dan tidak membawa lampu suluh. Agak terperanjat juga saya pada ketika itu, yelah sebatang tiang pinang yang agak besar dan keras telah hancur berkecai. Kalau seseorang hendak pecahkan sedemikian rupa, pasti orang itu memerlukan sebilah kapak yang agak besar untuk menghancurkan tiang tersebut. Bila di fikir-fikir balik tak akan ada orang rajin sangat nak bawak kapak semata-mata untuk pecahkan tiang, mustahil.

Memandangkan tanda tanya terlalu banyak, saya hubungi rakan kongsi dam mengatakan ada tiang batang pinang pecah. Sementara menunggu rakan saya sampai sempat juga saya melangai mencari udang dahulu. Setelah rakan saya sampai, segera saya pergi ke tiang yang telah hancur itu untuk pastikan apa sebenarnya yang berlaku.

Setelah di perhatikan betul-betul dan teringat pula ketika petang hari berlakunya hujan yang sangat lebat di sertakan dengan bunyi petir yang agak kuat. Barulah saya dan rakan saya dapat pastikan bahawa hancurnya batang pinang berkenaan adalah di sebabkan oleh petir.

jom cuba iklankan... setiap orang klik iklan kita dapat 20c - 40c

0 comments:

Post a Comment