Pages

Wednesday, 16 November 2011

Pantai perpat antara lokasi pilihan juru gambar


Hasil-hasil gambar : @alwi




Pengantin : @Neezah ameen



Antara aksi-aksi penembak tepat :


Hasil-hasil gambar yang telah di ambil : @bro pro (nasa)
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana telah menambah aktiviti dan memeriahkan lagi suasana di pantai perpat ini. Sekian terima kasih.

Monday, 14 November 2011

Ikan pari cantik berbintik biru


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman saya memancing dengan saudara saya di singapura. Dengan berumpankan umpun-umpun sarang, ruat dan juga anak ikan. Saya dan rakan-rakan, saudara pergi memancing dengan menaiki bot di singapura.

Cantik. Saya dapati specis ikan pari seperti ini sangat banyak di perairan sekitar singapura, mahupun di sekitar pulau-pulau ataupun muara sungai di singapura.

Dari segi umpan, yang paling cepat ikan pari ini makan ialah dengan menggunakan ruat adalah yang paling berkesan selain daripada kami menggunakan umpan umpun-umpun dan juga anak ikan.

Monday, 7 November 2011

Besar! Ikan Kertang Gergasi


3 november~

IKAN GERGASI: Seorang nelayan tidak menyangka memperolehi wang sebanyak RM16,000 selepas berjaya menangkap seekor kerapu gergasi (kertang) semalam.

Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap dengan menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.

Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian orang ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya dengan harga RM16,000.

Kosmo

Wednesday, 2 November 2011

Bekalan kayu untuk jeti pancing

Alhamdulillah berjaya juga kami mendapatkan bekalan kayu untuk menyiapkan jeti pantai pancing perpat ini. Bekalan kayu ini di perolehi di atas kami meminta dengan rakan-rakan yang bekerja dengan tenaga national berhad.

Ini adalah salah satu cara terbaik kepada kami yang kekurangan modal untuk membeli kayu. Kayu yang diambil daripada tong dram kable ini agak berkualiti dan tebal papannya. Agak berpuas hati kalau menggunakan kayu daripada tong kable ini.

Cuma masalah untuk mengangkut dan membuka kayu ini memerlukan banyak kerja, satu persatu dengan tanpa menjejaskan kualiti kayu tersebut. Satu tong kable ini kelihatan seperti sedikit, tetapi setelah di buka semuanya berulah anda akan tahu akan banyaknya kayu tersebut.

Thursday, 27 October 2011

Sepetang di jeti pancing pantai perpat


Walaupun tidak setiap petang saya datang melawat jeti, tapi semalam petang sempat juga saya datang melawat jeti di petang hari dan membuat apa-apa yang patut di atas jeti. Sambil menikmati keindahan pantai di petang hari. Rasa seperti otak ni begitu tenang sekali... hehe..

Antara kerja-kerja yang sempat saya lakukan ialah mengemas daun langai daripada anak-anak ikan yang tersangkut di jaring langai, jaring langai ini juga perlu di jaga. Biasanya antara perkara yang menyebabkan daun langai ini reput adalah disebabkan anak-anak ikan yang sangkut di daun langai dan tidak dibersihkan. Selain daripada faktor cuaca.

Saturday, 22 October 2011

Teknik menyambung tali pancing (Slim Beauty Knot)



Monday, 17 October 2011

Kesan perubahan pantai perpat

GAMBAR SEBELUM:

GAMBAR SELEPAS:

Berikut adalah kesan perubahan pasir di jeti pantai perpat, kali ini bukan sahaja di sebabkan oleh hakisan ombak. Akan tetapi kali ini hakisan adalah di sebabkan oleh ribut yang melanda persisiran pantai perpat ini. Di sebabkan ribut melanda selama seminggu berturut-turut pasir di laluan naik ke jeti berubah dan beralih.

Mengikut daripada kesan perubahan berikut, pihak kami terpaksa membuat laluan sementara untuk menaiki jeti di pantai perpat ini. Kepada rakan-rakan yang hendak menaiki jeti ini untuk memancing terpaksa melalui laluan jeti sementara yang agak mencabar untuk melepasinya.

Mungkin agak lambat untuk kami menyiapkan laluan menaiki jeti ini. Semuanya adalah kerana pihak kami kekurangan batang pinang untuk menyiapkan laluan ini. Dan kami juga menghadkan orang yang hendak memancing kepada mereka yang berani melepasi laluan yang agak mencabar ini atas faktor keselamatan.