
Pada awalnya saya sangkakan tiang jeti memancing ini di pecahkan oleh orang yang mempunyai niat dengki, kerana saya datang ke jeti dalam keadaan agak gelap sekitar jam 11 malam dan tidak membawa lampu suluh. Agak terperanjat juga saya pada ketika itu, yelah sebatang tiang pinang yang agak besar dan keras telah hancur berkecai. Kalau seseorang hendak pecahkan sedemikian rupa, pasti orang itu memerlukan sebilah kapak yang agak besar untuk menghancurkan tiang tersebut. Bila di fikir-fikir balik tak akan ada orang rajin sangat nak bawak kapak semata-mata untuk pecahkan tiang, mustahil.
Memandangkan tanda tanya terlalu banyak, saya hubungi...