Pages

Monday 30 May 2011

Rod pancing interline (DAIWA)


Team Daiwa® Interline® Surf Rods

Propel your offering effortlessly past the breakers with these lightweight, yet amazingly strong, HVF (High Volume Fiber) Graphite Linear Interline surf rods. Daiwa’s internal spiral design inside the blank allows for greater casting distance and less torque on the blank when casting heavy weights.

Team Daiwa® Interline® Surf Rods Features:

  • Powerful HVF Graphite Linear Interline inner construction
  • 360-degree tip outlet with cut-proof Fuji® SiC (Silicon Carbide) insert
  • Guideless design eliminates line tangles around guides and rod tip
  • High-density foam grips
  • Five-year Limited Warranty

Saturday 28 May 2011

Aktiviti memacak tiang jeti (Batang pinang)

Seperti di dalam gambar di atas, berikut adalah antara aktiviti semasa kami memacak tiang jeti dengan menggunakan batang daripada pokok pinang. Kerja-kerja memacak tiang kali ini tidaklah terlalu rumit berbanding sebelum ini. Kerana kali ini kami memacak tiang di atas permukaan yang boleh di pijak, seperti pasir. Kalau sebelum ini kami memacak tiang di kawasan berlumpur yang mana kalau di pijak akan tenggelam. Memang suatu kerja yang merumitkan.

Cuma cabaran kali ini, kami terpaksa mengorek lubang di permukaan pasir. Bukan senang nak buat wahai rakan-rakan. Bayangkan ketika menggali, pasir akan runtuh dan menggali hendaklah sehingga jumpa tanah yang berada di bawah pasir.

Dengan berbekalkan beberapa kemahiran dan pengalaman yang ada. Pasir yang runtuh itu kami alaskan dengan PVC yang bersais besar untuk mengelakkan pasir itu runtuh semula ke dalam lubang. Antara kenapa perlu menggali sehinga jumpa tanah adalah kerana, untuk memudahkan membenamkan tiang pada kedalaman yang di kehendaki.

Wednesday 25 May 2011

Memancing ikan pari di sekitar jeti perpat

Salam sejahtera kepada rakan-rakan kaki pancing sekalian. Saya ingin berkongsi sedikit tentang salah seorang rakan saya yang telah berjaya menewaskan seekor ikan pari seberat 60 kilo gram. Akan tetapi ikan ini bukan di naikkan dari atas jeti pantai perpat, ikan ini sebenarnya di naikkan dengan menaiki bot dengan kedudukan tegak dengan jeti pantai perpat. Rakan saya ini akui di sekitar laut yang berhadapan dengan pantai perpat memang selalu dia berjaya menewaskan ikan pari walaupun dengan menggunakan bot.

Menurut daripada pengalaman yang dia ceritakan kepada saya, dia memancing ikan pari berkenaan dengan menggunakan umpan kepala ikan gelama. Memang tujuan dia pergi memancing hanya untuk mencari ikan pari ini yang sememangnya popular kepada para pemancing pentai ataupun bot-bot kecil.

Jadi perkara ini adalah salah satu bukti yang menunjukkan kawasan pantai atau laut yang berhadapan dengan pantai perpat sememangnya kawasan yang di gemari ikan pari ini. Kepada para pemancing yang gemar ataupun sememangnya ingin mencari ikan pari, saya cadangkan anda cubalah memancing di sekitar pantai perpat ini. Tidak kiralah anda hendak memancing dengan menaiki jeti ataupun dengan menggunakan bot.

Tuesday 24 May 2011

Ikatan asas tali pancing

Perfection Loop
Strong and effective the Perfection Loop is a favorite for tying a loop at the end of the line. Besides being strong and reliable, it can be crafted to make a very small loop if desired.

Monday 23 May 2011

Proses pembikinan jeti disambung semula

Kali ini projek pembikinan jeti bersambung semula kerana kami telah berjaya mendapatkan batang pinang sebanyak 40 batang. Nampak gayanya bulan 6 ini macam ada harapan untuk merasmikan jeti di pantai perpat ini untuk aktiviti-aktiviti memancing, harap-haraplah siap... kalau tidak ada apa-apa masalahlah nanti. Akan tetapi itu baru sahaja batang pinang untuk tiang, sebenarnya banyak lagi barang-barang lain yang masih tidak ada. Walau bagaimanapun kami buat sahaja mana-mana barang yang sudah ada dahulu, sekurang-kurangnya semakin bertambah penyiapan untuk jeti berkenaan. Apabila sudah ada barang lain nanti barulah kami akan buat kerja untuk bahagian jeti yang lain pula.

Saturday 21 May 2011

Memancing ikan sembilang di jeti pantai perpat 2

Kalau nak bercerita tentang ikan sembilang di jeti perpat pula, kali ini pada tarikh 18 mei ikan sembilang di jeti pantai perpat berada dalam sais yang agak memuaskan. Walau bagaimanapun kadang-kadang sais ikan sembilang di jeti pantai perpat agak kecil. Maklumlah kehidupan laut, kadang-kadang kecil kadang-kadang besar. Mungkin begitulah kitaran kehidupan ikan sembilang di jeti pantai perpat ini.

Thursday 19 May 2011

Memancing ikan gelama di jeti pantai perpat

Antara sais-sais ikan gelama yang agak memuaskan di jeti pantai perpat. Ikan gelama seberat 700 gram. Ikan gelama ini di pancing dengan menggunakan umpan udang dan berjaya di naikkan pada sebelah malam dalam lingkungan pukul 11 malam.

Memancing ikan pari di jeti pantai perpat 3

Pada tarikh 16.5.2011 antara tarikh saya dan rakan-rakan pergi memancing. Mengikut pada rancangan awal saya dan rakan hendak pergi menyiapkan jeti dengan memacak batang pinang, tetapi rancangan kami berubah apabila rakan saya mengatakan ada rakan dia hendak turun pergi memancing pada hari berkenaan. Oleh kerana saya dan rakan-rakan sudah agak lama tidak turun ke laut, pada asalnya kami sangka air laut pasang lewat, rupa-rupanya air laut pasang awal dan kami tidak sempat untuk memacak batang pinang jadi kami hanya pergi memancing pada hari berkenaan.

Air laut mula bergerak pasang dalam lingkungan pukul 4.00ptg. Seperti biasa kami pergi melangai dahulu untuk mencari umpan. Pada awal air laut pasang, antara ikan-ikan yang berjaya di naikkan adalah ikan-ikan gelama, sembilang, belukang dan malung. Pada hari berkenaan memang banyak kami menaikkan ikan-ikan gelama panjang atau nama lain gelama pisang.

Mengikut daripada gambar di atas (gambar bawah) ikan pari tersebut berjaya dinaikkan sewaktu air laut bergerak pasang dan hampir penuh. Setelah lama kemudian saya dan seorang rakan saya sudah agak bosan dan hendak pulang kerana ikan pari tidak hendak lagi menyentap umpan, sebenarnya awal pagi besok saya ada kerja. Saya pun pulang dahulu dengan seorang kawan.

Sebelum masing-masing pulang ke rumah saya dan rakan saya itu pergi mengeteh(minum) dahulu di pekan. Sedang sedap kami minum tiba-tiba rakan saya yang masih memancing menalifon rakan saya mengatakan dia dapat menaikkan lagi ikan pari seberat 15kg (Gambar atas).

Saturday 14 May 2011

Cara asas mengikat tali pancing : BLOOD KNOT

Blood Knot
Used for joining two lines together, the Blood Knot is a tried and true fishing knot and a favorite of fly fishermen. The strength of the knot is increased by making at least 5 and up to 7 wraps on each side of the knot.

Wednesday 11 May 2011

Keadaan sekeliling jeti perpat ketika air surut

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keadaan sekeliling jeti pantai perpat sewaktu air laut sedang surut. Gambar ini di ambil dari sudut sebelah laut ke arah darat ketika air laut sedang surut kering. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini tentang keadaan beting pasir, sila rujuk artikel teknik memancing ikan pari di jeti pantai perpat. Sila lihat di dalam gambar rajah di atas, anda boleh melihat antara contoh-contoh keadaan beting pasir yang mana ikan-ikan gemar bermain di kawasan berkenaan dan kawasan beting pasir inilah ikan pari gemar bermain. Jadi kepada anda yang akan pergi memancing di jeti pantai perpat ini nanti, adalah lebih baik jika anda dapat datang sebelum air laut bergerak pasang. Kerana anda boleh melihat dahulu di kawasan manakah yang ada beting pasir ini untuk anda membuat balingan yang sesuai ketika anda memancing nanti. Kepada para pemancing bersiap sedialah untuk perasmian di jeti pantai perpat yang kemungkinan akan di rasmikan pada awal bulan 6 ini. Selamat memancing. Terima kasih.

Sunday 8 May 2011

Pembikinan jeti di pantai perpat,tergendala seketika

Salam sejahtera kepada anda, buat sementara waktu ini proses pembikinan jeti kami tergendala seketika. Haraf maaf banyak-banyak. perkara ini berlaku adalah disebabkan pihak kami sedang kehabisan modal untuk menyiapkannya. Kami memberhentikan proses pembikinan buat sementara untuk pihak kami pergi mencari modal dengan membuat kerja di tempat lain dahulu. harap kepada kaki-kaki pancing yang dihormati sekalian, bersabarlah buat sementara waktu ini. Insshaallah bulan 6 ini sempat siap.

Saturday 7 May 2011

Kekili terbaru Daiwa : Sweepfire-RA

Sweepfire®-RA

Sweepfire®-RA Features:

  • Smooth, ball-bearing drive
  • ABS Aluminum spool
  • Gyro Spin® balanced
  • Convenient rear drag

Model
Number
Action
FW / SW
Bearings
Gear Ratio
Line Per
Handle Turn
Wt.
(oz.)
Line Capacity
(Lb. Test / Yards)
Drag Max
Spinning
SW1550RA L / UL 1 BB 5.1:1 28.0 10.10 4/155, 6/100, 8/80 4.4
SW2550RA M / ML 1 BB 5.1:1 29.5 10.60 6/210, 8/170, 10/140 6.6
SW3550RA MH / M 1 BB 4.8:1 33.5 13.10 10/240, 12/210, 14/170 11.0
SW4050RA H / MH 1 BB 4.8:1 33.5 13.20 10/300, 12/260, 14/210 11.0
NEW ITEM
CRBB = Super Corrosion Resistant Ball Bearing, BB = Stainless Steel Ball Bearing, RB Roller Bearin
g



Friday 6 May 2011

Rod pancing terbaru : ST.CROIK

The ocean can be a cruel, unforgiving place. An environment where good looks earn you no favors. A place where any margin of error is latitude for failure. A place where on many occasions only a new Legend® Salt offshore rod will survive. These premium-quality SCII graphite blanks are designed using St. Croix’s proprietary IPC® tooling technology and strengthened internally with ART.™ Each blank is also thermofused with our new NSi (Nano Silica) resin, formulated from a revolutionary new 3M™ Matrix Resin™ technology. In other words, we’ve loaded these bad boys with every ounce of technology at our rod building disposal before we finish them off with the best guides, reel seats and grips. In the end, you’re looking at an offshore saltwater rod that devours anything else you’ll find.

Features:

  • Premium-quality SCII graphite with NSi resin. Featuring 3M™ Matrix Resin for unparalleled strength and durability.
  • Incredibly lightweight offshore saltwater rods designed for unbeatable performance.
  • Fuji® HB saltwater guides with SiC rings and gunsmoke frames on conventional models.
  • Fuji® MN saltwater guides with SiC rings and gunsmoke frames on spinning models.
  • Alps™ Triangular marine-grade aluminum reel seat with hard-anodized finish.
  • Alps™ marine-grade aluminum gimbal with hard-anodized finish.
  • High-density nylon slick butt and premium EVA foregrip.
  • Two coats of Flex Coat slow-cure finish.
  • Lifetime limited warranty backed by unmatched St. Croix service.
  • Designed and handcrafted in Park Falls, U.S.A.

Wednesday 4 May 2011

Cara mengikat mata kail (WORLD'S FAIR KNOT)

Monday 2 May 2011

Aktiviti melangai di jeti pantai perpat

Melangai adalah salah satu daripada aktiviti nelayan-nelayan tempatan untuk mencari hasil laut. Aktiviti melangai ini adalah cara mencari hasil laut yang lebih kepada para nelayan tempatan untuk mencari udang. Melangai ini memang menyeronokkan kerana ia tidaklah memenatkan sangat. Caranya mudah saja cuma turunkan daun langai dan tunggu sahaja udang masuk dalam beberapa minit baru angkat semula untuk mengutip hasil, mudah kan? tanpa perlu basah-basah badan anda sudah boleh mendapat hasil laut seperti udang dan beberapa anak ikan.

Dengan melangai inilah kami biasanya mencari umpan untuk pergi memancing. Kepada anda yang hendak pergi memancing dengan menggunakan umpan segar dari langai ini, kami juga boleh menjualnya. Atau anda yang hendak memancing di tempat lain, kami juga boleh menyimpan udang itu hidup-hidup untuk di jadikan umpan, tapi anda kenalah tempah awal kerana kadang-kadang udang tidak ada, maklumlah rezeki laut, kadang-kadang ada kadang-kadang tidak ada.

Selain daripada itu, apabila projek kami berjaya di rasmikan esok. Inshaallah. Melangai ini juga akan menjadi salah satu aktiviti untuk para pelanggan yang menyewa tempat kami kelak. Ia juga akan termasuk kepada pekej bercuti sambil memancing, ataupun anda juga boleh menyewanya secara berasingan.

Sunday 1 May 2011

Pin pancing terbaru Owner(Snagless snap)


Owner's patented "snagless" snap is streamlined in its design so that no sharp wire edges protrude to snag lines. Also you can drag lures or leaders rigged with our snagless snaps and snap/swivel combinations through weeds and grass without loose or floating debris clinging and spoiling your presentation. Snagless snaps (black matte finish) are available alone, or attached to either Barrel Swivels with a black matte finish, or ultra-smooth Ball Bearing Swivels with a satin chrome finish.