Pages

Monday 2 May 2011

Aktiviti melangai di jeti pantai perpat

Melangai adalah salah satu daripada aktiviti nelayan-nelayan tempatan untuk mencari hasil laut. Aktiviti melangai ini adalah cara mencari hasil laut yang lebih kepada para nelayan tempatan untuk mencari udang. Melangai ini memang menyeronokkan kerana ia tidaklah memenatkan sangat. Caranya mudah saja cuma turunkan daun langai dan tunggu sahaja udang masuk dalam beberapa minit baru angkat semula untuk mengutip hasil, mudah kan? tanpa perlu basah-basah badan anda sudah boleh mendapat hasil laut seperti udang dan beberapa anak ikan.


Dengan melangai inilah kami biasanya mencari umpan untuk pergi memancing. Kepada anda yang hendak pergi memancing dengan menggunakan umpan segar dari langai ini, kami juga boleh menjualnya. Atau anda yang hendak memancing di tempat lain, kami juga boleh menyimpan udang itu hidup-hidup untuk di jadikan umpan, tapi anda kenalah tempah awal kerana kadang-kadang udang tidak ada, maklumlah rezeki laut, kadang-kadang ada kadang-kadang tidak ada.

Selain daripada itu, apabila projek kami berjaya di rasmikan esok. Inshaallah. Melangai ini juga akan menjadi salah satu aktiviti untuk para pelanggan yang menyewa tempat kami kelak. Ia juga akan termasuk kepada pekej bercuti sambil memancing, ataupun anda juga boleh menyewanya secara berasingan.

0 comments:

Post a Comment