Pages

Friday 29 July 2011

kekili terbaru DAIWA Certate-HA (2011)



Certate®-HA

Certate returns with even more cutting-edge technology and performance. Borrowing from NASA fuel delivery technology, magnetic oil, controlled by a magnetic field, forms a seal to prevent water intrusion between the reel’s rotor and body, preventing its intrusion into the rotor bearing and gear box. Result is a better seal with less winding friction than other sealing methods. You’ll notice the light, smooth-turning feel immediately. A new Air Rotor™ design featuring corrosion-proof “Zaion” carbon construction helps reduce weight while offering maximum strength. Spinning reels just don’t get better than that.

Certate®-HA Features:

  • Mag Sealed
  • Air Rotor of corrosion-proof Zaion carbon material for lightweight strength and sensitivity
  • 8 CRBB corrosion resistant ball bearings plus roller bearing
  • Air Bail®–tubular stainless for lightweight strength, with no sharp bends to snag line
  • Digigear digitally designed and cut gearing–ultra smooth, ultra powerful and ultra durable
  • High speed retrieve
  • Lightweight aluminum body
  • Waterproof drag combines stainless and Teflon-impregnated felt discs for ultra-smooth fish stopping power–with precision click adjustment
  • Lightweight, forged and machined aluminum ABSII Spool


Sunday 24 July 2011

Pembikinan jeti pantai perpat hampir siap

Sedikit demi sedikit pihak kami membuat jeti pancing di pantai perpat ini, lama kelamaan jeti pancing ini sudah hampir siap. Atas bantuan rakan-rakan sekalian bahagian laluan jeti ini sudah hampir berjaya di siapkan dan tidak lama lagi akan dibuka untuk para pemancing sekalian.

Tarima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudah mula memancing di jeti ini walaupun jeti ini masih belum lagi siap kerana duit yang kami terima akan membantu pihak kami untuk menyiapkan jeti di pantai perpat ini.

Kemungkinan juga jeti pantai perpat ini akan dibuka untuk para pemancing pada bulan puasa nanti, iaitu pada bulan 8 nanti. Dan kami juga akan memaklumkan kepada anda apabila jeti ini akan dirasmikan nanti. Terima kasih.

Wednesday 13 July 2011

Memancing ikan belukang di jeti pantai perpat


Untuk pengetahuan kepada anda semua, di jeti pantai perpat ini juga mempunyai sejenis ikan seperti ikan belukang. Mungkin ada segelintir para pemancing yang tidak gemar untuk memancing ikan belukang ini, akan tetapi tidak mengapalah. Tetapi ada juga para pemancing yang gemar memancing ikan ini, kepada anda yang gemar memancing ikan ini di jeti pantai perpat ini mungkin antara tempat yang sesuai untuk anda memancing ikan belukang ini.

Wednesday 6 July 2011

Antara spesis ikan yang ada di jeti pantai perpat


Berikut adalah antara salah satu spesis yang ada di sekitar jeti pantai perpat iaitu ikan usat. Ikan usat ini adalah sejenis ikan bermisai yang hampir sama dengan ikan sembilang. Bentuk ikan usat ini hampir sama dengan ikan sembilang cuma perbezaan ikan usat ini mempunyai warna dan juga belang yang berbeza dengan ikan sembilang, cuba lihat pada gambar berkenaan.

Ikan usat ini juga biasanya gemar bermain di persisiran pantai yang berpasir. Ikan usat ini adalah antara ikan yang bergerak secara kumpulan. Antara umpan-umpan yang biasanya di makan oleh ikan usat ini adalah umpun-umpun, ruat, udang dan lain-lain. Hampir semua umpan-umpan yang di makan oleh ikan usat ini sama dengan umpan-umpan untuk memancing ikan sembilang. Ikan usat ini juga mempunyai tiga batang sengat yang sama seperti ikan sembilang.

Saturday 2 July 2011

Pembikinan jeti pantai perpat(Dalam proses)


Salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian, gambar yang berada di dalam gambar rajah diatas adalah antara perubahan-perubahan proses pembikinan jeti di pantai perpat. Walaupun jeti ini kelihatan sudah hampir siap, tetapi masih banyak lagi kerja-kerja yang masih tertungak yang perlu kami siapkan.

Untuk menyiapkan jeti di pantai perpat ini kami telah mendapatkan beberapa kayu daripada tong cable daripada rakan-rakan TNB. Walaupun kerja-kerja untuk membuka kayu berkenaan agak susah, kami terpaksa lakukan juga untuk menyiapkan jeti di pantai perpat ini. Maklumlah pihak kami ketandusan modal.

Di dalam masa yang sama, pihak kami ada juga mendapatkan batang pinang dalam lingkungan 40 batang pokok. Kerja-kerja menguruskan batang pinang ini juga adalah antara kerja-kerja berat yang pihak kami terpaksa lakukan untuk menyiapkan jeti di pantai perpat ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi memancing walaupun jeti berkenaan masih belum siap. Duit bayaran berkenaan akan membantu pihak kami untuk menyiapkan jeti tersebut.