Pages

Friday, 20 January 2012

Pengubahsuaian jeti pancing pantai perpat




Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, musim cuti ini jeti memancing di pantai perpat ini sedang di ubah suai untuk membikin pondok baru. Kepada rakan-rakan yg hendak pergi memancing di jeti pantai perpat ini mungkin akan mengalami sedikit tidak keselesaan.

Tujuan pondok ini di ubah dan juga di besarkan adalah untuk kemudahan orang ramai berteduh ketika hujan ataupun ketika panas terik. Selain daripada itu, pondok ini juga sesuai untuk dijadikan tempat tidur, kerana kami akan membuat pondok yang agak tertutup dan terlindung daripada angin yang agak terlampau sejuk.

Kepada rakan-rakan yang akan datang untuk memancing pada masa terdekat atau cuti raya cina ini mungkin akan mengalami sedikit tidak selesa kalau berjumpa dengan barang-barang yang agak bersepah di sebabkan proses pembikinan di jalankan.

Segala kesulitan amatlah kami kesali...

Enjoy snapping photographs with your loved ones..?

Saturday, 14 January 2012

IKAN BUNTAL: musuh pemancing siang hari



Salam sejahtera dan apa kabar rakan-rakan semua, memandangkan page saya ni lebih menceritakan tentang jeti memancing di pantai perpat, kali ini saya ingin kongsi sedikit tentang kerenah memancing di jeti pantai perpat di siang hari.

Mungkin dah ramai mengetahui atau dah dapat mengagak apa yg saya ingin ceritakan apabila melihat gambar ikan buntal tersebut. Ya, tidak asing lagi ikan buntal... yang sememangnya menjadi musuh utama ketika anda memancing di siang hari.

Apa yang betul-betul memeningkan kepala para pemancing adalah ikan buntal ini gemar menggigit tali pancing sehingga putus, terutamanya tali jenis tangsi yang berwarna-warni. Ikan buntal ini juga mempunyai gigi bagaikan sepit kuku atau gunting.

Namun begitu, jika anda datang memancing di jeti pantai perpat pada siang hari. Saya cadangkan anda bawalah pancing yang menggunakan tali jenis benang ataupun tangsi jenis lutsinar. Jika tidak anda akan mengalami kerugian kehilangan perkakas pancing di sebabkan ikan buntal ini.

Sehingga sekarang saya masih tidak pasti, kenapa ikan buntal ini bermusuh dengan tali pancing.

Wednesday, 4 January 2012

Cara yang betul untuk mencabut mata kail jika anda tercucuk

Friday, 30 December 2011

Santai: cuti hari minggu di pantai perpat





Hari minggu adalah antara hari-hari yang biasanya pantai perpat akan di kunjungi ramai orang untuk berkelah, memancing, bermandi manda dan macam-macam lagi aktivi yang boleh di lakukan di pantai perpat.

Seperti di dalam gambar di atas adalah antara gambar-gambar yang sempat saya ambil. Sempat juga membawa keluarga bersantai di jeti pantai perpat sambil menikmati hidangan makan yang telah di bawa dari rumah.

Selain itu gambar di tepi pantai juga antara gampar yang sempat saya ambil adalah antara orang-orang luar yang datang untuk bercuti dan memilih pantai perpat sebagai destinasi pilihan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang turut sama untuk memajukan pantai perpat ini.

(jom kita buat duit, percuma tanpa modal, cuma memerlukan idea sahaja)

Wednesday, 28 December 2011

Memancing ikan sembilang menggunakan umpan belangkas


Pada hari ahad yang lepas, air laut di pantai perpat pasang besar (keling). Biasanya ketika air laut pasang besar ramai orang-orang kampung akan datang untuk mengisi masa lapang dengan memancing. Saya juga antara orang-orang yang turut memancing ketika itu.

Selain daripada menggunakan umpan udang yang biasanya kami cari sendiri untuk memancing, tetapi kali ini saya memilih untuk menggunakan umpan belangkas yang turut sama di cari di sekitar pantai perpat. Biasanya kami akan menggunakan belangkas jantan dahulu kerana isinya tidak terlalu lembik untuk di pasang di mata kail.

Saya sekadar memancing suka-suka dan sekejap sahaja, hasilnya seperti di gambar rajah di atas. Sekor ikan sembilang yang saisnya cukup untuk di makan satu kelurga.

Ikan: sembilang
umpan: belangkas
Joran: sure cash
kekili: shimano

(amalkan gaya hidup sihat,ikuti beberapa tip.klik sini)

Ikan sembilang (gemang) terdampar di pantai perpat



Setelah kami pulang daripada memancing, sewaktu air laut telah surut kami menjumpai seekor ikan sembilang (gemang) terdampar di persisiran pantai. Disebabkan saisnya yang agak besar kami tertarik untuk mendekati ikan berkenaan.

Agak pelik apabila kami cuba meneka kenapakah ikan sembilang (gemang) ini terdampar. Apabila di belek-belek ikan ini langsung tidak ada kesan luka atau cedera dan ikan ini masih belum rosak untuk di makan.

Setelah puas kami meneka kenapa ikan sembilang (gemang) ini terdampar. Antara jawapan yang agak kami berpuas hati adalah kerana di sebabkan air tawar yang terlalu banyak dilepaskan ke laut disebabkan hujan yang berterusan dan banjir di sesetengah tempat.

(Amalkan gaya HIDUP sihat, ikuti beberapa tip.klik sini)

Thursday, 22 December 2011

Menu! Tiram Bakar Jeti Pantai Perpat





Dalam masa kami mencuba daun jaring langgai baru sempat juga salah seorang rakan kami mencari tiram-tiram yang telah cukup besar di bawah jeti. Kebanyakan tiram-tiram ini melekat dan berumah di tiang-tiang jeti yang telah diselaputi banyak teritip.

Akan tetapi, tidaklah terlalu banyak tiram yang cukup besar untuk di ambil. Kami hanya mengambil sebanyak 7 ekor tiram yang telah mencapai sais yang agak memuaskan. Tiram-tiram kecil kami biarkan sahaja supaya ia mambesar.

Memandangkan kami mempunyai tempat untuk membakar, jadi kami membuat keputusan untuk membakar tiram tersebut. Bagaimana rasa tiram ini? Fuh! memuaskan! sangat sedap. :-)

[Amalkan gaya hidup SIHAT???, ikuti beberapa tip. klik sini]