Pages

Thursday, 31 March 2011

Kekili terbaru Shimano : Shimano IX


Ini adalah model terbaru daripada Shimano. Kalau korang rasa-rasa duit di poket dah terlebih-lebih sangat korang sambarlah satu. Ni kalau buat mancing pari memang selamba jerk. Kalau kena pari dua saat jer confirm boleh naik punya..huhu...temberang je! tapi tak mustahil kan? Kalau tengok pada bentuknya memang nampak macam tak best, tapi kalau nak tahu best ke tak cubalah dulu baru taw. Nilai sajalah pada jenama dia!.

Balik semula pada cerita kekili tadi, spool dia dikatakan boleh memuatkan tali lebih kurang 300meter panjang kalau bersais halus. Manakala kalau tali bersais kasar pula ianya boleh memuatkan lebih kurang 200meter untuk tali berdiameter 40mm ke atas. Tapi sendiri mau ingat lah, kalau dah guna mesin mahal takkan nak guna tali cap ayam kot huhu...Korang pun tahu kan yang Shimano ni adalah satu company ngan Power Pro, jadi mestilah dia buat match sekali dengan tali Power Pro tu... Biasalahkan, mesti nak beckup member beb!!!. Pada sesiapa yang tak cukup budget pulak, bolehlah guna tali yang biasa-biasa je. Tak payahlah korang nak pening-pening...Yang penting skill beb!.

Untuk robot manual Shimano ni, bolehlah korang gandingkan dengan rod Shimano gak tapi harga dia pun boleh tahan mantul. Biasalah kalau nak kepuasan ketika memancing kenalah rabak poket sikit.

Kalau nak jadi pemancing kos rendah, sebat jelah apa-apa joran yang ada. Tak boleh la nak memilih sangat. Bagi yang dah terlebih-lebih duit pulak, sekarang ni dah ada bermacam-macam jenama di pasaran. Jadi korang tepuklah dada tokey kedai pancing tu...

Dibawah nie turut disediakan sekali maklumat-maklumat tentang kekili tersebut :


Ok lah, harap korang semua sudah berpuas hati dengan maklumat yang disediakan. Hidup pemancing-pemancing tegar!!!

0 comments:

Post a Comment