Pages

Friday, 1 April 2011

Panduan mengikat mata kail (SNELL KNOT)



Berikut adalah salah satu cara-mengikat mata kail, ini adalah cara mengikat mata kail antara tali perambut dengan mata kail. Mungkin ramai yang sudah tahu cara mengikat mata kail ini, ataupun mungkin tidak ramai yang tahu, pada anda yang tidak tahu tu mestilah orang yang baru nak berjinak-jinak dengan sukan memancing ini. Kepada orang-orang baru yang nak berjinak-jinak dengan sukan memancing ini jangan risau... sebab cara mengikat mata kail ini taklah susah sangat untuk di pelajari. Tapi cara mengikat mata kail ini sangatlah penting untuk dipelajari kerana ini adalah panduan asas bagi sukan memancing ini.

Biasanya pada orang-orang lama pasti sudah tahu cara mengikat mata kail ini. Ya, sudah pasti kerana ini adalah cara mengikat mata kail dari turun temurun dari zaman datuk nenek moyang kita. Cara mengikat mata kail ini telah lama terbukti keberkesanannya kerana itulah ia kekal sehinga sekarang dan ramai yang mengamalkannya. Saya sendiri telah mencuba cara mengikat mata kail ini dan ia telah terbukti bagus untuk di guna pakai.

Jadi kepada anda yang masih tidak tahu macam mana nak mengikat mata kail ini rujuk-rujuklah kepada gambar rajah yang telah di sediakan, atau rujuk-rujuklah kepada rakan-rakan anda yang telah lama aktif dalam sukan memancing ini, pasti dia sudah tahu cara mengikat mata kail ini. Apabila anda sendiri telah mencubanya anda pasti akan tahu keberkesanannya. Kerana itulah kehebatan tunjuk ajar daripada datuk nenek kita dahulu.

Pastikan anda betul-betul sudah mahir dengan cara mengikat mata kail ini barulah anda boleh turun untuk pergi mamancing... kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga Ha!ha! ingat tu. Selepas itu barulah anda boleh belajar cara mengikat mata kail yang lain-lain. Semoga anda tidak berputih mata kalau-kalau ikan yang anda pancing terlepas di sebabkan kegagalan anda belajar cara mengikat mata kail ini.

Jadi semoga anda dapat memahami cara mengikat mata kail ini dan memahirkannya. Selamat mencuba dan selamat memancing. Hidup pemancing-pemancing getar!!!


Enjoy snapping photographs with your loved ones...?

0 comments:

Post a Comment