Pages

Wednesday 20 April 2011

Memancing ikan pari di jeti pantai perpat

.


Pada 18/4/11 satu lagi tarikh kami berjaya menaikkan seekor ikan pari yang mempunyai berat sekitar 5kilo gram. Pada hari itu air mula bergerak pasang pada pukul 7 petang. Biasanya pada awal air bergerak pasang kami ada membawa umpan umpun-umpun untuk membuat umpan permulaan sebelum udang mula memasuki daun langai. Kerana biasanya pada awal air laut bergerak pasang kami akan memancing ikan-ikan gelama, sembilang, atau sebagainya. Maklumlah takkan nak termenung je sementara menunggu mendapatkan umpan dengan menggunakan daun langai.

Pada awal jam 8 malam biasalah rakan-rakan semua sibuk memancing ikan gelama, dia orang ni semua kalau pancing ikan gelama boleh penuh tong air batu yang kabus tu, ganas-ganas. Selang masa menunjukkan jam 10 malam, salah seorang daripada rakan membuat satu tarikkan pancing yang agak berat. Ingatkan ikan apa, rupanya dia berjaya menaikkan seekor ikan sembilang yang anggaran mencapai berat 1.5kilo gram. Em...ingatkan ikan apa, maklumlah kalau dah mengunakan set pancing yang agak kecil. Kalau ikan pari yang mengena pancing dia macam mana agaknya? silap cara boleh rosak set pancing dia.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi, arus air laut semakin perlahan, ikan pari yang dicari-cari masih belum lagi mengena. Saya dan rakan-rakan semua sudah agak letih memancing ikan gelama dan ada juga rakan yang sudah masuk tidur di pondok. Yelah kalau dah asik tarik ikan dan tukar umpan berulang kali mestilah penat. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi air laut sudah semakin surut. Salah seorang rakan sudah mula bergerak pulang kerana ada tugas lain. Saya mula terdetik di dalam hati, munkin hari ini tidak ada ikan pari. Saya pun menukar umpan yang baru dan biarkan joran dengan berharap ikan yang di cari-cari akan muncul dan saya pergi duduk di sisi rakan-rakan untuk berbual kosong.

Tengah seronok bersembang dengan rakan-rakan, tiba-tiba salah seorang daripada rakan kami menjerit memangil saya, saya pun terus menuju ke arah rakan itu. Ingatkan ada apa, rupa-rupanya rakan saya sedang menarik seekor ikan pari dan meminta saya membantu menyauk ikan parinya. Alhamdulillah dapat juga ikan pari yang di cari-cari. Yang saya benar-benar tidak tahan, pada asalnya kawan saya itu ingin buat kejutan dengan memancing dan menyauk sendiri, kononnya nak senyap-senyap dapat ikan pari. Tapi akhirnya terpaksa menjerit meminta bantuan.haha...

0 comments:

Post a Comment