Pages

Monday 25 April 2011

Memancing ikan pari di jeti pantai perpat 2



Salam sejahtera kepada rakan-rakan kaki pancing, kali ini saya ingin berkongsi lagi pengalaman saya ketika memancing ikan pari di jeti pantai perpat. Pada tarikh 22/4/11 saya berjaya lagi menjinakkan seekor ikan pari seberat lima kilogram. Ini adalah ikan yang dicari-cari oleh para pemancing-pemancing pantai yang sememangnya telah ramai yang mengetahui keganasan ikan ini. Seperti di dalam gambar di atas adalah bukti-bukti ikan pari yang telah berjaya di naikkan.

Pada hari berikut air laut mula bergerak pasang sekitar pukul 9 malam, saya dan rakan -rakan hadir sekitar jam 8 hingga 8.30 malam. Yelah, banyak barang-barang yang hendak di bawa seperti air batu, air tawar, batri dan peralatan untuk memancing. Pada awal air laut bergerak pasang saya dan rakan-rakan seperti biasa memancing ikan seperti sembilang, gelama, belukang dan lain-lain. Saya seperti biasa melanggai udang sambil memancing. Dalam masa menunggu untuk mengangkat daun langai sempat lagi saya membuat balingan untuk memancing ikan. Maklumlah menggunakan masa sepenuhnya sepanjang berada di atas jeti.

Sementara seronok kami melanggai, semakin lama air laut semakin dalam. Kami masih melanggai mencari udang. Pancing yang di pasang dalam masa yang sama saya turut menukar umpan apabila umpan yang di pasang di ganggu oleh ikan-ikan kecil. Jam telah menunjukkan Pukul 11 malam. Kawan-kawan semua dengan hasil masing-masing iaitu ikan sembilang dengan gelama. Dalam masa saya sedang mengangkat daun langai, tiba-tiba pancing saya sudah mengena tarikkan ikan. Cara tarikkan ikan pari memang agak ganas, tengok pada kesan tarikan ikan itu saya sudah boleh agak. Ni mesti ikan pari, cepat-cepat saya menyambut pancing untuk mengelakkan ikan pari itu membawa tali pancing saya ke tempat yang akan menyebabkan tali pancing tersangkut pada kayu.

Alhamdulillah berjaya lagi saya menaikkan ikan pari yang anggaran berat ikan pari tersebut mencapai sehinga lima kilogram. Di jeti pantai perpat ini lah saya dan rakan-rakan kerap menaikkan ikan pari yang sememangnya ikan fighter yang di cari-cari oleh para pemancing pantai. Jadi setakat di sini saja cerita kali ini dan saya akan ceritakan lagi pengalaman-pengalaman yang bakal akan berlaku, selamat memancing dan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment