IKAN GERGASI: Seorang nelayan tidak menyangka memperolehi wang sebanyak RM16,000 selepas berjaya menangkap seekor kerapu gergasi (kertang) semalam.
Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap dengan menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.
Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian orang ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya dengan harga RM16,000.
Kosmo
0 comments:
Post a Comment