Pages

Showing posts with label jeti. Show all posts
Showing posts with label jeti. Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

Proses pembikinan jeti di tangguh sementara


Salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, buat sementara waktu ini proses pembikinan jeti ini di tangguh seketika, kerana pihak kami menyambut bulan ramadan yang mulia ini. Maklumlah masing-masing sedang berpuasa dan tidak mempunyai banyak tenaga untuk membuat kerja-kerja yang agak berat. Selain daripada itu cuaca di siang hari di pantai perpat ini agak panas dan akan menyebabkan kami cepat letih.

Bukan sahaja di sebabkan perkara itu, ada juga di antara rakan-rakan yang sibuk berniaga di bazar ramadan, maklumlah nak sambut hari raya nanti. Mesti nak cari duit lebih untuk menyambut hari raya nanti. Saya pula sibuk membuat kerja di bengkel mengecat kereta, kerana sudah menjadi kebiasaan setiap tahun mesti ramai orang hantar kereta untuk mengecat. Sekian setakat di sini sahaja pada hari ini dan kami akan memaklumkan berita tentang jeti pantai perpat ini dari masa ke semasa, terima kasih.

Wednesday, 3 August 2011

Laluan menaiki jeti ini masih perlu dibaiki

Atas di sebabkan faktor perubahan alam iaitu hakisan pantai yang disebabkan oleh ombak, pihak kami masih lagi belum dapat membuat laluan naik jeti yang betul-betul sempurna. Pihak kami menunggu keadaan perubahan pantai yang agak sesuai untuk menyiapkan laluan awal untuk menaiki jeti berkenaan. Pihak kami juga meminta maaf sekiranya ada sesiapa yang terperanjat ketika hendak menaiki jeti ini pada laluan awal kerana masih lagi belum sempurna. Segala kesulitan adalah amat dikesali.


Thursday, 16 June 2011

Pembikinan jeti pantai perpat(Dalam proses)

Sehinga kini jeti pantai perpat ini masih di dalam proses pembikinan, kebanyakan kerja-kerja kami tergendala adalah disebabkan pihak kami kekurangan bahan mentah. Walau bagaimanapun sedikit sebanyak kami buat juga jeti berkenaan dengan mana-mana bahan mentah yang ada dahulu. Harap-harap bulan ini pihak kami berjaya menyiapkan jeti berkenaan.

Friday, 3 June 2011

Perubahan pembikinan jeti pantai perpat

Gamba rajah di atas menunjukkan antara perubahan-perubahan proses pembikinan jeti pancing di pantai perpat. Walaupun kami buat sedikit demi sedikit akhirnya sampai juga tiba di persisiran pantai. Masih banyak lagi yang perlu di buat. Kalaulah barang semua benar-benar cukup dan juga tenaga pekerja pun benar-benar mencukupi, rasanya boleh cepat jeti pancing ini di siapkan.

Alhamdulillah, dalam keadaan jeti yang masih belum siap. Ada juga rakan-rakan yang sudah menaiki jeti untuk memancing dan telah memberi bayaran, boleh juga pihak kami menggunakan duit bayaran itu sebagai modal untuk menyiapkan jeti memancing ini.

Kepada rakan-rakan kaki pancing yang sedang menunggu-nunggu perasmian jeti pancing ini, harap bersabarlah. Walaupun agak lambat pihak kami menyiapkan jeti pancing ini, pihak kami tetap juga akan menyiapkan jeti pancing ini... harap bersabarlah.