Pages

Tuesday, 16 August 2011

Proses pembikinan jeti di tangguh sementara

Salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, buat sementara waktu ini proses pembikinan jeti ini di tangguh seketika, kerana pihak kami menyambut bulan ramadan yang mulia ini. Maklumlah masing-masing sedang berpuasa dan tidak mempunyai banyak tenaga untuk membuat kerja-kerja yang agak berat. Selain daripada itu cuaca di siang hari di pantai perpat ini agak panas dan akan menyebabkan kami cepat letih.


Bukan sahaja di sebabkan perkara itu, ada juga di antara rakan-rakan yang sibuk berniaga di bazar ramadan, maklumlah nak sambut hari raya nanti. Mesti nak cari duit lebih untuk menyambut hari raya nanti. Saya pula sibuk membuat kerja di bengkel mengecat kereta, kerana sudah menjadi kebiasaan setiap tahun mesti ramai orang hantar kereta untuk mengecat. Sekian setakat di sini sahaja pada hari ini dan kami akan memaklumkan berita tentang jeti pantai perpat ini dari masa ke semasa, terima kasih.

2 comments:

langgai dh siap ke???
1 kepala brape rm??

stakat ni hanya bukak utk para pemancing, langai di gunakan utk persendirian... tp msih dlm perbincangan. utk memancing di jeti kira 1org RM10 terpulang nak bwk brap bnyk joran

Post a Comment