Pages

Showing posts with label keadaan sesuai. Show all posts
Showing posts with label keadaan sesuai. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

Ribut barat antara keadaan yang sesuai untuk memancing


Ribut, keadaan beginilah antara waktu-waktu yang sesuai untuk kita memancing ikan yang jenis bermisai (cat fish) biasanya antara ikan-ikan yang gemar bermain ketika ribut sebegini adalah seperti ikan belukang dan sembilang.

Kalau mengikut dari pemerhatian saya, mungkin ketika ribut beginilah anak-anak udang keluar daripada persembunyiannya disebabkan oleh ombak yang agak kuat. Dalam masa yang sama ikan-ikan sembilang dan juga belukang turut mengambil peluang ini untuk mencari makan.

Yang lebih memudahkan, kita tidak perlu mengejar ke lokasi yang lebih ke laut. Kerana biasanya ikan-ikan sembilang dan juga belukang hanya bermain ke kawasan yang lebih ke pantai (darat) untuk mencari makan.


Cuma masalah lain sekadar kita kena pandai membaca bahawa ikan telah memakan umpan, maklumlah kalau ombak kuat, hujung joran akan turut terhenjut-henjut mengikut ombak. Sekian, beginilah antara perangai-perangai ikan di jeti pantai perpat ini.

Selamat mencuba!

Sunday, 27 November 2011

Contoh-contoh keadaan yang sesuai untuk memancing ikan pari


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keadaan yang sesuai untuk memancing ikan pari. Untuk memancing ikan pari, salah satu cara yang perlu kita tahu adalah keadaan permukaan tanah yang sesuai untuk kita memancing ikan pari tersebut.


Seperti contoh-contoh gambar rajah, keadaan permukaan tanah agak berpasir ataupun tanah yang agak keras adalah yang paling sesuai untuk kita memancing ikan pari. Kita juga harus ingat bahawa keadaan permukaan tanah laut ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut cuaca dan pasang surut air laut.


Antara sebab-sebab kenapa kita harus pilih keadaan yang berpasir ataupun tanah yang agak keras untuk kita memancing ikan pari adalah kerana, biasanya umpan yang kita guna akan tenggelam oleh lumpur cair yang akan menyebabkan ikan tidak akan terserempak dengan umpan kita.


Biasanya apabila kita hendak memancing ikan pari kita akan gunakan tali perambut yang agak panjang dan ia akan lebih mudah menyebabkan umpan kita tenggelam di lumpur cair.

Selamat mencuba...