Ribut, keadaan beginilah antara waktu-waktu yang sesuai untuk kita memancing ikan yang jenis bermisai (cat fish) biasanya antara ikan-ikan yang gemar bermain ketika ribut sebegini adalah seperti ikan belukang dan sembilang.
Kalau mengikut dari pemerhatian saya, mungkin ketika ribut beginilah anak-anak udang keluar daripada persembunyiannya disebabkan oleh ombak yang agak kuat. Dalam masa yang sama ikan-ikan sembilang dan juga belukang turut mengambil peluang ini untuk mencari makan.
Yang lebih memudahkan, kita tidak perlu mengejar ke lokasi yang lebih ke laut. Kerana biasanya ikan-ikan sembilang dan juga belukang hanya bermain ke kawasan yang lebih ke pantai (darat) untuk mencari makan.
Cuma masalah lain sekadar kita kena pandai membaca bahawa ikan telah memakan umpan, maklumlah kalau ombak kuat, hujung joran akan turut terhenjut-henjut mengikut ombak. Sekian, beginilah antara perangai-perangai ikan di jeti pantai perpat ini.
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment