Pages

Showing posts with label memancing ikan. Show all posts
Showing posts with label memancing ikan. Show all posts

Monday, 19 December 2011

Memancing kurau dan anak senangin







Kali ini jeti pantai perpat ini musim ikan kurau dan juga anak senangin. Biasanya kami akan dapat ikan kurau dan juga anak senangin ketika memancing di siang hari. Mengikut pada pemerhatian kami ikan ini memang gemar memakan umpan di siang hari. Mungkin di sebabkan ikan ini sejenis ikan yang menyambar umpan.

Dari segi umpan pula, biasanya kami akan guna umpan umpun-umpun. Tetapi umpan umpun-umpun itu kami bukan menggunakan teknik dasar. Sebenarnya kami gunakan teknik seakan-akan casting, yang mana kami akan baling dan gulung perlahan-lahan dan ikan kurau dan juga anak senangin ini akan menyambar umpan yang bergerak, separti umpan hidup. Walaupun kami menggunakan batu ladong.

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba nasib untuk memancing ikan ini, datanglah sewaktu air laut pasang siang dan cubalah teknik yang saya cadangkan di atas.

Selamat mencuba.

Saturday, 3 December 2011

Ribut barat antara keadaan yang sesuai untuk memancing

Ribut, keadaan beginilah antara waktu-waktu yang sesuai untuk kita memancing ikan yang jenis bermisai (cat fish) biasanya antara ikan-ikan yang gemar bermain ketika ribut sebegini adalah seperti ikan belukang dan sembilang.

Kalau mengikut dari pemerhatian saya, mungkin ketika ribut beginilah anak-anak udang keluar daripada persembunyiannya disebabkan oleh ombak yang agak kuat. Dalam masa yang sama ikan-ikan sembilang dan juga belukang turut mengambil peluang ini untuk mencari makan.

Yang lebih memudahkan, kita tidak perlu mengejar ke lokasi yang lebih ke laut. Kerana biasanya ikan-ikan sembilang dan juga belukang hanya bermain ke kawasan yang lebih ke pantai (darat) untuk mencari makan.


Cuma masalah lain sekadar kita kena pandai membaca bahawa ikan telah memakan umpan, maklumlah kalau ombak kuat, hujung joran akan turut terhenjut-henjut mengikut ombak. Sekian, beginilah antara perangai-perangai ikan di jeti pantai perpat ini.

Selamat mencuba!