Pages

Sunday, 18 December 2011

Riadah: bermain layang-layang di pantai perpat



Bermain layang-layang adalah salah satu aktiviti yang agak sesuai dilakukan di pantai perpat ini. Biasanya rakan-rakan saya akan datang untuk bermain layang-layang di petang hari sewaktu air laut sedang surut.

Tetapi bukan setiap petang mempunyai angin yang agak sesuai, biasanya rakan-rakan saya ini akan datang untuk bermain layang-layang apabila mendapati angin agak sesuai untuk bermain layang-layang. Maklumlah kalau tiada angin, tidak mahu terbang pula layang-layang itu. Kalau angin terlalu kuat pula, silap-silap dengan orang-orang sekali terbang, faktor keselamatan.

Jadi, kepada rakan-rakan sekalian yang hendak atau teringin bermain layang-layang. Saya cadangkan datanglah ke pantai perpat ini kerana di pantai perpat ini sememangnya mempunyai tempat yang agak luas untuk bermain layang-layang sewaktu air laut sedang surut.

Friday, 16 December 2011

Keadaan paras air pasang di jeti pantai perpat

Biasanya kalau kita lihat ketika air laut sedang surut, keadaan dasar memang betul-betul kering sehingga nampak permukaan. Walaupun begitu, apabila air laut pasang besar (pasang keling) paras antara air laut dengan lantai jeti adalah begitu hampir.

Ini menunjukkan air laut di sekitar jeti pantai perpat adalah agak dalam kerana apabila kita lihat tiang jeti ketika air laut sedang surat dan kita berdiri di bawah jeti, paras ketinggian lantai jeti adalah jauh lebih tinggi daripada paras kepala.

Kalau kita mengukur kedalaman air laut dengan menggunakan depa tangan. Kedalaman paras air pasang adalah melebihi dua depa tangan. Memang agak dalam.

Berikut adalah antara maklumat-maklumat yang ingin kongsikan bersama rakan-rakan sekalian. Jadi ketika anda memancing di atas jeti pantai perpat, hendaklah kita berhati-hati kerana kuathir ada yang akan terjatuh nanti. Selamat memancing.

Saturday, 10 December 2011

Tangga sementara di jeti memancing pantai perpat

Berikut adalah antara gambar-gambar bahagian tepi (darat) jeti memancing pantai perpat rengit, johor. Seperti di dalam gambar menunjukkan gambar tangga yang sekian lama baru sekaranglah baru kami berjaya membuat tangga di jeti berkenaan.

Walaupun hanya sekadar tangga sementara di jamin tangga ini sememangnya kuat. Kalau hendak mengikut pada rancangan asal sememangnya lain bentuk tangga yang di rancang.


Atas dasar permintaan orang ramai yang banyak mengadu susah hendak menaiki jeti kerana tidak ada tangga, jadi pihak kami telah membuat tangga sementara seperti di dalam gambar berkenaan.

Saturday, 3 December 2011

Ribut barat antara keadaan yang sesuai untuk memancing

Ribut, keadaan beginilah antara waktu-waktu yang sesuai untuk kita memancing ikan yang jenis bermisai (cat fish) biasanya antara ikan-ikan yang gemar bermain ketika ribut sebegini adalah seperti ikan belukang dan sembilang.

Kalau mengikut dari pemerhatian saya, mungkin ketika ribut beginilah anak-anak udang keluar daripada persembunyiannya disebabkan oleh ombak yang agak kuat. Dalam masa yang sama ikan-ikan sembilang dan juga belukang turut mengambil peluang ini untuk mencari makan.

Yang lebih memudahkan, kita tidak perlu mengejar ke lokasi yang lebih ke laut. Kerana biasanya ikan-ikan sembilang dan juga belukang hanya bermain ke kawasan yang lebih ke pantai (darat) untuk mencari makan.


Cuma masalah lain sekadar kita kena pandai membaca bahawa ikan telah memakan umpan, maklumlah kalau ombak kuat, hujung joran akan turut terhenjut-henjut mengikut ombak. Sekian, beginilah antara perangai-perangai ikan di jeti pantai perpat ini.

Selamat mencuba!

Sunday, 27 November 2011

Contoh-contoh keadaan yang sesuai untuk memancing ikan pari


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keadaan yang sesuai untuk memancing ikan pari. Untuk memancing ikan pari, salah satu cara yang perlu kita tahu adalah keadaan permukaan tanah yang sesuai untuk kita memancing ikan pari tersebut.


Seperti contoh-contoh gambar rajah, keadaan permukaan tanah agak berpasir ataupun tanah yang agak keras adalah yang paling sesuai untuk kita memancing ikan pari. Kita juga harus ingat bahawa keadaan permukaan tanah laut ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut cuaca dan pasang surut air laut.


Antara sebab-sebab kenapa kita harus pilih keadaan yang berpasir ataupun tanah yang agak keras untuk kita memancing ikan pari adalah kerana, biasanya umpan yang kita guna akan tenggelam oleh lumpur cair yang akan menyebabkan ikan tidak akan terserempak dengan umpan kita.


Biasanya apabila kita hendak memancing ikan pari kita akan gunakan tali perambut yang agak panjang dan ia akan lebih mudah menyebabkan umpan kita tenggelam di lumpur cair.

Selamat mencuba...

Daiwa 2010-11 Saltiga Z Spinning reels Japan model New


Daiwa will release All NEW Saltiga Japan models from autumn of 2010. The first to be released will be 4500 5000 sized models.

Later in spring of 2011, smaller models will be released. The big game models replacing current 6500Exp and etc will come in autumn of 2011.

http://www.japantackle.com/Daiwa_reels/Daiwa_2010_Saltiga_z_spin.htm

Thursday, 24 November 2011

Memancing ikan jenahak (unga)

Semalam sempat juga saya dan rakan-rakan pergi memancing sempena hari duli yang maha mulia sultan johor berserta dengan kemenangan bola sepak malaysia. Maklumlah masa cuti-cuti ni.

Mengikut pada rancangan awal kami hendak memancing di lubuk berhampiran laluan kapal, iaitu kapal karam.

Tetapi kami tidak dapat untuk terus ke lokasi kapal karam tersebut atas faktor keselamatan. kerana cuaca tidak menentu.

Setelah beberapa jam memancing di tempat lain dengan hasilnya ikan gelama papan yang saisnya agak memuaskan. Kami pun pindah ke lokasi yang hendak di tuju setelah melihat cuaca yang agak sesuai.

Setelah sampai ke lokasi, rupanya-rupanya gelombang ombak di kapal karam tersebut agak kuat dan sukar untuk kami memancing.

Hasilnya itulah, ikan jenahak(unga) seperti gambar di atas. Syukur semuanya berada dalam keadaan selamat.