Pages

Thursday, 22 December 2011

Menu! Tiram Bakar Jeti Pantai Perpat






Dalam masa kami mencuba daun jaring langgai baru sempat juga salah seorang rakan kami mencari tiram-tiram yang telah cukup besar di bawah jeti. Kebanyakan tiram-tiram ini melekat dan berumah di tiang-tiang jeti yang telah diselaputi banyak teritip.

Akan tetapi, tidaklah terlalu banyak tiram yang cukup besar untuk di ambil. Kami hanya mengambil sebanyak 7 ekor tiram yang telah mencapai sais yang agak memuaskan. Tiram-tiram kecil kami biarkan sahaja supaya ia mambesar.

Memandangkan kami mempunyai tempat untuk membakar, jadi kami membuat keputusan untuk membakar tiram tersebut. Bagaimana rasa tiram ini? Fuh! memuaskan! sangat sedap. :-)

[Amalkan gaya hidup SIHAT???, ikuti beberapa tip. klik sini]

Menguji daun (jaring) langai baru



   Setelah daun jaring langgai lama telah mencapai tahap umur yang sememangnya patut di tukar kepada yang baru, dalam erti kata lain reput lah perkataan yang paling sesuai. Akhirnya terpaksalah kami membeli daun langgai yang baru.

   Akan tetapi daun jaring langgai kali ini agak berbeza dengan daun jaring langai yang sebelum ini. Sebelum ini kami menggunakan daun langgai yang di sulam dengan benang nylon, tetapi kali ini daun jaring langgai yang baru ini di sulam dengan menggunakan benang plastik sama seperti daun pukat yang sememangnya tahan lasak.

   Antara sebab kami menggunakan daun jaring langgai jenis ini adalah di sebabkan daun jaring langgai kami sering kali koyak apabila di masuki ikan siakap. Ikan siakap sememangnya mempunyai sirip yang tajam yang akan menyebabkan daun langgai jenis nylon akan koyak apabila di masuki ikan siakap.

   Hasil ujian kali ini menunjukkan kami masih perlu ubah suai sedikit lagi, kerana daun baru ini masih lagi keras dan akan menyebabkan udang sukar untuk masuk.

info: Daun langai untuk mencari UDANG.



Wednesday, 21 December 2011

Penghibur: memancing ikan gelama di jeti pantai perpat


Ikan gelama adalah antara ikan yang sememangnya popular kepada para pemancing sekalian, lebih- lebih lagi kepada pemancing pantai. Walaupun saisnya agak kecil, tetapi ada kalanya ikan gelama ini mampu menghiburkan para pemancing, lebih-lebih lagi jumlah ikan gelama ini agak banyak ketika anda sedang memancing.

Biasanya kalau saya hendak memancing di jeti pantai perpat, saya akan membawa sekurang-kurangnya dua set pancing. Satu set pancing besar dan satu lagi set pancing kecil. Set pancing besar adalah untuk saya memancing ikan pari atau apa jua ikan yang bersais besar dan satu lagi set pancing kecil yg sememangnya saya stanby untuk memancing ikan penghibur ini sementara menunggu ikan besar memakan umpan.


Jadi kepada rakan-rakan saya cadangkan bawalah set pancing kecil jika anda hendak melayan ikan gelama ini. Supaya anda tidak akan keletihan kerana melayan kerenah ikan gelama yang agak banyak ini.


Selamat mencuba dan selamat memancing.


(Gila Internet Sale! Get the amazing iPhone4s today.clik here)

Tuesday, 20 December 2011

Pertandingan memancing JORAN BAGUS (pontian) 8 JAN 2012

Jualan pancing murah

Anda semua di jemput hadir kalau-kalau hendak membeli apa jua barang yang berkenaan dengan pancing. Jualan murah penghabisan stok. Sementara masih ada. Jualan murah datanglah tengok sendiri.

Monday, 19 December 2011

Memancing kurau dan anak senangin






Kali ini jeti pantai perpat ini musim ikan kurau dan juga anak senangin. Biasanya kami akan dapat ikan kurau dan juga anak senangin ketika memancing di siang hari. Mengikut pada pemerhatian kami ikan ini memang gemar memakan umpan di siang hari. Mungkin di sebabkan ikan ini sejenis ikan yang menyambar umpan.

Dari segi umpan pula, biasanya kami akan guna umpan umpun-umpun. Tetapi umpan umpun-umpun itu kami bukan menggunakan teknik dasar. Sebenarnya kami gunakan teknik seakan-akan casting, yang mana kami akan baling dan gulung perlahan-lahan dan ikan kurau dan juga anak senangin ini akan menyambar umpan yang bergerak, separti umpan hidup. Walaupun kami menggunakan batu ladong.

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba nasib untuk memancing ikan ini, datanglah sewaktu air laut pasang siang dan cubalah teknik yang saya cadangkan di atas.

Selamat mencuba.