Pages

Thursday, 27 October 2011

Sepetang di jeti pancing pantai perpat



Walaupun tidak setiap petang saya datang melawat jeti, tapi semalam petang sempat juga saya datang melawat jeti di petang hari dan membuat apa-apa yang patut di atas jeti. Sambil menikmati keindahan pantai di petang hari. Rasa seperti otak ni begitu tenang sekali... hehe..

Antara kerja-kerja yang sempat saya lakukan ialah mengemas daun langai daripada anak-anak ikan yang tersangkut di jaring langai, jaring langai ini juga perlu di jaga. Biasanya antara perkara yang menyebabkan daun langai ini reput adalah disebabkan anak-anak ikan yang sangkut di daun langai dan tidak dibersihkan. Selain daripada faktor cuaca.

Saturday, 22 October 2011

Teknik menyambung tali pancing (Slim Beauty Knot)



Monday, 17 October 2011

Kesan perubahan pantai perpat

GAMBAR SEBELUM:

GAMBAR SELEPAS:

Berikut adalah kesan perubahan pasir di jeti pantai perpat, kali ini bukan sahaja di sebabkan oleh hakisan ombak. Akan tetapi kali ini hakisan adalah di sebabkan oleh ribut yang melanda persisiran pantai perpat ini. Di sebabkan ribut melanda selama seminggu berturut-turut pasir di laluan naik ke jeti berubah dan beralih.

Mengikut daripada kesan perubahan berikut, pihak kami terpaksa membuat laluan sementara untuk menaiki jeti di pantai perpat ini. Kepada rakan-rakan yang hendak menaiki jeti ini untuk memancing terpaksa melalui laluan jeti sementara yang agak mencabar untuk melepasinya.

Mungkin agak lambat untuk kami menyiapkan laluan menaiki jeti ini. Semuanya adalah kerana pihak kami kekurangan batang pinang untuk menyiapkan laluan ini. Dan kami juga menghadkan orang yang hendak memancing kepada mereka yang berani melepasi laluan yang agak mencabar ini atas faktor keselamatan.

Sunday, 18 September 2011

Rod shimano (Beastmaster BX Jigging)

Descriptions

Beastmaster BX Jigging rods are designed for the budget SW angler who wants to enjoy jigging without spending too much. Doing away with some luxury features without sacrificing the performance, the designers at Shimano came out with this new Beastmaster rod. Although blanks are a little heavy & guides used are simple, the overall rod design is well balanced for Jigging.

Sunday, 11 September 2011

Antara gambar-gambar jeti pantai perpat


Salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian... sudah agak lama juga pihak kami bercuti dalam proses pembikinan jeti di pantai perpat ini.

Sejak daripada bermulanya bulan puasa yang lepas sehinggalah hari ini, iaitu hari raya 2011... Pihak kami masih lagi belum menyambung proses pembikinan jeti ini.

Betul-betul agak lama pihak kami bercuti, harap-harap kepada rakan-rakan sekalian yang tidak sabar-sabar menanti siapnya jeti pantai perpat ini berada dalam tahap kesabaran yang tinggi.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Maklumlah bukan senang untuk menyiapkan jeti ini...

Tuesday, 16 August 2011

Proses pembikinan jeti di tangguh sementara

Salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, buat sementara waktu ini proses pembikinan jeti ini di tangguh seketika, kerana pihak kami menyambut bulan ramadan yang mulia ini. Maklumlah masing-masing sedang berpuasa dan tidak mempunyai banyak tenaga untuk membuat kerja-kerja yang agak berat. Selain daripada itu cuaca di siang hari di pantai perpat ini agak panas dan akan menyebabkan kami cepat letih.

Bukan sahaja di sebabkan perkara itu, ada juga di antara rakan-rakan yang sibuk berniaga di bazar ramadan, maklumlah nak sambut hari raya nanti. Mesti nak cari duit lebih untuk menyambut hari raya nanti. Saya pula sibuk membuat kerja di bengkel mengecat kereta, kerana sudah menjadi kebiasaan setiap tahun mesti ramai orang hantar kereta untuk mengecat. Sekian setakat di sini sahaja pada hari ini dan kami akan memaklumkan berita tentang jeti pantai perpat ini dari masa ke semasa, terima kasih.

Saturday, 13 August 2011

kekili terbaru shimano (2011) STRADIC FJ

Classic Look, More Power
X-Ship provides rigidity and tremendous amount of cranking power

• X-Ship
• Aluminum Rotor, Sideplate
• Paladin® Gear Durability Enhancement
• Propulsion® Line Management System
Propulsion® Spool Lip
SR® One-Piece Bail Wire
Power Roller® III
S®- Arm Cam
• Aerowrap® II Oscillation
• SR® Concept
SR® 3D Gear
SR® One-Piece Bail Wire
5 S® A-RB (Shielded A-RB) Ball Bearings
• Aluminum Spool
• S® - Concept
S®-Rotor
S®- Guard
S®- Arm Cam
• New Machinede Aluminum Handle
• Direct Drive Mechanism (Thread-In Attachment)
• WP Drag (Waterproof Drag)
• Maintenance Port
• Fluidrive® II
• Floating Shaft
• Dyna-Balance®
• Super Stopper® II
• Repairable Clicker
• Approved for use in Saltwater
• Rated for use with Mono, Flruoro and PowerPro® lines