Pages

Wednesday 6 April 2011

Cara-cara memilih rod pancing



Di sini saya ingin berkongsi sedikit dengan anda tentang bagaimana untuk memilih rod pancing. Ini untuk mengelakkan supaya anda tidak mengalami pembaziran ketika membeli rod pancing. Maklumlah takut-takut bila dah beli tak di gunakan pula. Kita gunakan teori yang mudah sahaja, seperti gamba rajah di atas.

Perlahan(slow)
Biasanya orang guna untuk memancing ikan yang bersais kecil. Tetapi, boleh juga digunakan untuk memancing ikan yang bersais besar, cuma kesan ketika beraksi untuk ikan bersais besar adalah lambat untuk menaikkan ikan. Terpulang kepada para pemancing, ada yang gemar melayan ikan secara perlahan dan ada yang suka melayan ikan secara cepat. Bagi yang suka melayan ikan secara perlahan rod yang jenis perlahan seperti gambar rajah adalah lebih sesuai. Antara kelebihan rod perlahan slow ini ia membantu mengurangkan tekanan pada perambut, tali ibu, mata kail dan lain-lain. Akan tetapi ia lebih sesuai di gunakan untuk memancing ikan bersais kecil.

Sederhana(moderate)
Berbeza sedikit dengan rod pancing perlahan slow iaitu ia adalah sedikit lebih keras. Perbezaannya mengikut step, ianya sedikit lebih keras daripada rod pancing perlahan slow. Ia juga memberi kesan sedikit lebih cepat daripada rod pancing perlahan slow apabila anda beraksi melayan ikan. Biasanya rod yang mempunyai kekuatan sederhana moderate seperti ini banyak kaki pancing gemar untuk menggunakannya. Maklumlah, nak pancing ikan kecil boleh nak pancing ikan besar pun boleh.

Cepat(fast)
Rod seperti ini adalah lebih sesuai digunakan untuk memancing ikan yang bersais besar, ia juga sesuai digunakan ketika anda pergi memancing menaiki bot, kerana biasanya ikan yang di pancing ketika menaiki bot adalah ikan yang bersais besar, atau pun ketika memancing di atas jeti pantai bagi anda yang gemar memancing ikan pari yang sememangnya terbukti ganas. Jadi gunakanlah rod yang berkekuatan cepat fast seperti ini adalah lebih sesuai digunakan di lokasi tersebut. Takkan nak pancing ikan kecil je kot! akan tetapi kalau ikan kecil juga yang anda pancing dengan menggunakan rod cepat fast ini memang ikan kecil itu bernasib malang kerana langsung tak berpeluang untuk melawan kesian-kesian.

Lebih cepat(extra fast)
Rod seperti ini pula mempunyai kekuatan yang amat tinggi ia juga sesuai digunakan untuk pemancing laut dalam. Kepada anda yang gemar memancing di laut dalam rod seperti ini adalah sesuai ketika anda berada di lokasi seperti tukun ataupun kapal karam, kerana ketika memancing ikan di kawasan seperti tukun ataupun kapal karam ada sesetengah ikan gemar mambawa tali pancing anda ke kawasan yang akan menyebabkan tali pancing anda tersangkut pada tukun ataupun kapal karam. Dengan menggunakan rod yang berkekuatan lebih cepat extra fast anda boleh menarik ikan dengan secara paksa untuk mengelakkan daripada ikan tersebut membawa tali pancing anda ke kawasan yang akan menyebabkan tali pancing anda tersangkut. Maklumlah takut ikan tu bawak tali pancing anda masuk melalui tingkap kapal karam kemudian ikan tersebut menutup tingkap kapal karam itu haha patutlah tak boleh lepas, malang sungguh jika tali pancing anda tersangkut. Jadi ketika mamancing di kawasan tukun ataupun kapal karam gunakanlah rod yang berkekuatan lebih cepat extra fast dan pastikan kekili, tali pancing, perambut dan mata kail anda mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi untuk menaikkan ikan secara paksa.

Jadi kepada anda yang masih di dalam dilema bagaima nak memilih rod pancing. Rujuk-ruluk lah artikel dan gambarajah tersebut. Cuba elakkan pembaziran bagi anda yang kekurangan modal. Tapi agak berbeza kepada anda yang gemar menjadikan rod pancing sebagai koleksi, yelah bila dah banyak duit semua jenis nak beli untuk cukupkan koleksi. Selamat memilih rod pancing dan selamat memancing!

Biarkan pakar-pakar akademik kita membantu membuka laluan kepada profesion pilihan anda

0 comments:

Post a Comment