Pages

Thursday 7 April 2011

Kekili terbaru Daiwa : Emblem Pro-A EMP5000A


Berikut adalah salah satu kekili model terbaru daripada daiwa. Daiwa adalah salah satu jenama yang telah lama popular. Ia juga memberi saingan yang hebat kepada jenama-jenama kekili pancing yang lain. Jenama daiwa telah lama terbukti keberkesanannya dan telah ramai pemancing-pemancing memilih untuk mengunakannya kerana kebanyakan kekili yang di perbuat oleh daiwa adalah tahan lasak, apabila dan ketika anda sedang beraksi memancing ikan. Seperti gambar rajah di atas ia adalah salah satu jenama terbaru daripada daiwa iaitu model Emblem Pro-A EMP5000A.

Kekili daiwa ini di cipta khas untuk pemancing-pemancing yang gemar memancing di air masin. Yelah kalau dah digunakan di perairan air masin itu, kesan daripada air masin itu akan menyebabkan apa-apa jua objek yang diperbuat daripada besi akan menjadi karat. Bila dah karat pasti kekili itu akan rosak, dan tidak boleh digunakan lagi. Akan tetapi kekili ini tidak akan menjadi karat kerana ia diperbuat daripada bahan dan keluli tahan daripada karat.

Dengan kekili manual yang boleh dipercayai model ini berdiameter besar, kekili ini juga mempunyai spool yang meruncing dan gulungan yang direka khas untuk prestasi optimum casting. Ia telah direka serbaguna dan kekili ini dilengkapi dengan kapasiti spol standard. Dengan alternatif kapasiti spol untuk memberikan prestasi maksimum dengan pelbagai garis yang lebih luas, kekili ini seperti mempunyai dua gulungan dalam satu pusingan kekili.

Emblem® Pro-A Features:

  • Four CRBB ball bearings
  • Cast Lock system to prevent accidental bail closure
  • Includes alternate-size spare spool for a wider choice of lines
  • Line guard prevents line snags behind spool
  • Reliable manual bail trip
  • Dual, full-time anti-reverse
  • Digigear™
  • Twist Buster™
  • Lifetime Bail Spring

Model
Number
Action
FW / SW
Bearings
Gear Ratio
Line Per
Handle Turn
Wt.
(oz.)
Line Capacity
(Lb. Test / Yards)
Drag Max
Saltwater Spinning Reel
EMP5000A - / H 4 CRBB, 1 RB 4.9:1 40′ 22.60 14/400, 17/310, 20/240
SPARE: 14/300, 17/220
35.3
EMP6000A - / H 4 CRBB, 1 RB 4.9:1 42′ 22.60 25/280, 30/230, 40/170
SPARE: 25/230, 30/190
35.3
NEW ITEM


CRBB = Super Corrosion Resistant Ball Bearing, BB = Stainless Steel Ball Bearing, RB Roller Bearing



Jadi kepada anda yang sedang mencari kekili dan masih tidak tahu jenama apa yang agak bagus untuk digunakan ketika memancing. daiwa adalah salah satu jenama yang boleh anda fikirkan untuk diguna pakai ketika memancing. Tapi, jangan lupa zaman sekarang ni kita masih ada banyak lagi jenama-jenama lain yang masih mampu bersaing dengan jenama-jenama yang telah lama popular. Untuk cerita tentang perkembangan jenama-jenama lain nantikan artikel yang akan datang. Baiklah selamat memancing dan jangan merempit!.

0 comments:

Post a Comment