Pages

Sunday 10 April 2011

Cara mengikat mata kail(Eye crosser knot)




Gambar rajah tersebut menunjukkan salah satu cara-cara mengikat mata kail, mungkin cara ini tidak ramai orang mengunakannya. Tetapi cara mengikat mata kail memang ada kelebihan, hampir semua ikatan ada kelebihan masing-masing. Simpul ini telah dibuat oleh nelayan-nelayan popular pada acara televisyen Amerika Utara. Sebagai sebahagian daripada siri "Wars Knot", ia telah diuji dan telah mengalahkan banyak knot-knot yang sudah lama dikenali dan telah terbukti baik.
Kepada para pemancing, cara ikatan yang berkualiti sangatlah penting kerana kemungkinan kegagalan menaikkan ikan yang bersais besar adalah disebabkan cara ikatan mata kail anda tidak berkualiti. Jadi kepada para pemancing tidak salah jika anda belajar banyak cara-cara mengikat mata kail. Kan bagus jika semakin lama anda memancing semakin banyak kemahiran yang anda dapat.
Semoga anda dapat memahirkan diri dengan contoh ikatan mata kail yang di berikan dan masih banyak lagi ikatan untuk mata kail yang lain-lain untuk dipelajari. Jika cubaan ikatan yang pertama tidak menjadi, cubalah buat latihan banyak kali sehinga anda benar-benar mahir mengikatnya. Apabila anda sudah mahir pasti ekspedisi mamancing anda menjadi semakin mudah. Selamat mencuba dan selamat memancing.
handpone 3D game pun 3D jom tengok? klik sini

1 comments:

Teknik ni memang terbaik.. Thumbs up!

Post a Comment