Pages

Thursday 28 April 2011

Keadaan persisiran pantai di jeti perpat

Salam sejahtera wahai para pemancing sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keadaan persisiran pantai di jeti perpat. Di sekitar pantai perpat ini mempunyai pasir daripada kulit-kulit kerang dan kulit-kulit siput yang sudah hancur dan berabat lamanya. Ini adalah antara kelebihan persisiran pantai perpat ini kerana, kalau kita cuba perhatikan betul-betul di semenanjung malaysia agak susah juga untuk kita menemui mana-mana pantai yang mempunyai persisiran pasir seperti ini, iaitu pasir yang terhasil daripada kulit-kulit hidupan laut dari pelbagai-bagai jenis kulit.


Kepada anda yang ingin mencari kulit-kulit siput, kerang dan sebagainya untuk dijadikan perhiasan. Munkin anda boleh pergi ke pantai perpat ini kerana di persisiran pantai perpat ini mempunyai banyak kulit-kulit hidupan laut yang telah mati dan cantik-cantik. Antara kehidupan laut yang jarang ada di sesetengah tempat dan gemar bermain di kawasan pasir berkenaan ialah belangkas (king crab) ia biasanya muncul ketika air laut pasang penuh. Pada ketika air laut surut pula di kawasan pasir berkenaan anda juga boleh mencari remis, iaitu sejenis kerang.

Di kawasan pasir yang luas ini anda juga boleh bermain bola sepak pantai, iaitu ketika air laut surut ataupun anda juga boleh bermain layang-layang. Terpulang kepada anda, apa aktiviti yang anda ingin lakukan dengan keluasan pasir pantai di persisiran pantai perpat ini. Jadi apabila jeti pantai perpat ini sudah di rasmikan ataupun sudah maju. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan sepanjang percutian anda di jeti pantai perpat nanti. Bersamalah kita memajukan pantai perpat ini. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment