Pages

Showing posts with label jeti perpat. Show all posts
Showing posts with label jeti perpat. Show all posts

Sunday, 24 July 2011

Pembikinan jeti pantai perpat hampir siap


Sedikit demi sedikit pihak kami membuat jeti pancing di pantai perpat ini, lama kelamaan jeti pancing ini sudah hampir siap. Atas bantuan rakan-rakan sekalian bahagian laluan jeti ini sudah hampir berjaya di siapkan dan tidak lama lagi akan dibuka untuk para pemancing sekalian.

Tarima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudah mula memancing di jeti ini walaupun jeti ini masih belum lagi siap kerana duit yang kami terima akan membantu pihak kami untuk menyiapkan jeti di pantai perpat ini.

Kemungkinan juga jeti pantai perpat ini akan dibuka untuk para pemancing pada bulan puasa nanti, iaitu pada bulan 8 nanti. Dan kami juga akan memaklumkan kepada anda apabila jeti ini akan dirasmikan nanti. Terima kasih.

Saturday, 2 July 2011

Pembikinan jeti pantai perpat(Dalam proses)


Salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian, gambar yang berada di dalam gambar rajah diatas adalah antara perubahan-perubahan proses pembikinan jeti di pantai perpat. Walaupun jeti ini kelihatan sudah hampir siap, tetapi masih banyak lagi kerja-kerja yang masih tertungak yang perlu kami siapkan.

Untuk menyiapkan jeti di pantai perpat ini kami telah mendapatkan beberapa kayu daripada tong cable daripada rakan-rakan TNB. Walaupun kerja-kerja untuk membuka kayu berkenaan agak susah, kami terpaksa lakukan juga untuk menyiapkan jeti di pantai perpat ini. Maklumlah pihak kami ketandusan modal.

Di dalam masa yang sama, pihak kami ada juga mendapatkan batang pinang dalam lingkungan 40 batang pokok. Kerja-kerja menguruskan batang pinang ini juga adalah antara kerja-kerja berat yang pihak kami terpaksa lakukan untuk menyiapkan jeti di pantai perpat ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi memancing walaupun jeti berkenaan masih belum siap. Duit bayaran berkenaan akan membantu pihak kami untuk menyiapkan jeti tersebut.

Monday, 23 May 2011

Proses pembikinan jeti disambung semula

Kali ini projek pembikinan jeti bersambung semula kerana kami telah berjaya mendapatkan batang pinang sebanyak 40 batang. Nampak gayanya bulan 6 ini macam ada harapan untuk merasmikan jeti di pantai perpat ini untuk aktiviti-aktiviti memancing, harap-haraplah siap... kalau tidak ada apa-apa masalahlah nanti. Akan tetapi itu baru sahaja batang pinang untuk tiang, sebenarnya banyak lagi barang-barang lain yang masih tidak ada. Walau bagaimanapun kami buat sahaja mana-mana barang yang sudah ada dahulu, sekurang-kurangnya semakin bertambah penyiapan untuk jeti berkenaan. Apabila sudah ada barang lain nanti barulah kami akan buat kerja untuk bahagian jeti yang lain pula.

Thursday, 28 April 2011

Keadaan persisiran pantai di jeti perpat

Salam sejahtera wahai para pemancing sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keadaan persisiran pantai di jeti perpat. Di sekitar pantai perpat ini mempunyai pasir daripada kulit-kulit kerang dan kulit-kulit siput yang sudah hancur dan berabat lamanya. Ini adalah antara kelebihan persisiran pantai perpat ini kerana, kalau kita cuba perhatikan betul-betul di semenanjung malaysia agak susah juga untuk kita menemui mana-mana pantai yang mempunyai persisiran pasir seperti ini, iaitu pasir yang terhasil daripada kulit-kulit hidupan laut dari pelbagai-bagai jenis kulit.

Kepada anda yang ingin mencari kulit-kulit siput, kerang dan sebagainya untuk dijadikan perhiasan. Munkin anda boleh pergi ke pantai perpat ini kerana di persisiran pantai perpat ini mempunyai banyak kulit-kulit hidupan laut yang telah mati dan cantik-cantik. Antara kehidupan laut yang jarang ada di sesetengah tempat dan gemar bermain di kawasan pasir berkenaan ialah belangkas (king crab) ia biasanya muncul ketika air laut pasang penuh. Pada ketika air laut surut pula di kawasan pasir berkenaan anda juga boleh mencari remis, iaitu sejenis kerang.

Di kawasan pasir yang luas ini anda juga boleh bermain bola sepak pantai, iaitu ketika air laut surut ataupun anda juga boleh bermain layang-layang. Terpulang kepada anda, apa aktiviti yang anda ingin lakukan dengan keluasan pasir pantai di persisiran pantai perpat ini. Jadi apabila jeti pantai perpat ini sudah di rasmikan ataupun sudah maju. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan sepanjang percutian anda di jeti pantai perpat nanti. Bersamalah kita memajukan pantai perpat ini. Terima kasih.