Pages

Thursday 14 April 2011

Proses pembikinan jeti di pantai perpat


Di dalam gambar di atas adalah antara gambar-gambar proses pembikinan jeti di pantai perpat. Pihak kami sedang menukang jeti untuk laluan. Kalau nak di ikutkan dari awal dah boleh siap, cuma masalahnya kami kekurangan kayu, maklumlah modal tak cukup. Nasib baik pihak kami mendapat bantuan kayu daripada brader-brader TNB terima kasih kat dia orang. Dari segi masa pula pihak kami mengambil masa dalam 1 hari lebih kurang 4 jam untuk pihak kami menukang kerana saya dan rakan-rakan kongsi masing-masing ada kerja lain. Kadang-kadang masa 4 jam tu pun boleh jadi pendek atas faktor air pasang surut atau pun hujan ribut.

Sebab apa masalah dengan air pasang surut? sebabnya ialah jeti laluan dari pondok pergi ke darat kami masih belum siap. Tengah syok-syok menukang air pun sudah gerak pasang, yang masalahnya bila time air laut pasang sebelum hampir-hampir penuh. Kami terpaksa cepat-cepat berhenti menukang dan segera pulang, yelah kalau jeti ke darat masih belum siap takut-takut bila air dah penuh tidak dapat pula kami nak pulang ke darat. kalau tidak terpaksa kami menunggu air surut baru kami dapat pulang ke darat. Ada satu lagi cabaran ni tengah asik kami menukang, secara tiba-tiba cuaca berubah menjadi gelap menandakan hujan hendak turun, kalau hujan turun macam biasa tak apa lagi, ni siap dengan angin ribut. Kalau hujan turun macam biasa boleh lagi kami berteduh di pondok, tapi kalau dah siap dengan ribut berteduh dekat pondok pun kami akan basah kerana air hujan akan banyak tempias ke dalam pondok disebabkan angin bertiup kencang. Sudah pasti kami tidak boleh membuat kerja pada ketika itu.

Kalau nak di ikutkan masih terlalu banyak lagi kerja yang perlu di buat, antaranya ialah menebang, mengangkut dan memacak batang pinang dan buluh. Membuka dan mengangkut kayu daripada mana-mana projek memasang kable TNB, susah juga nak buka kayu gulungan kable TNB ni. Apabila barang semua dah ada dan sudah di pacak tiang-tiangnya kami perlu mengikat pula untuk membuat pondok dan jeti laluan. Peh! bukan senang semua kerja-kerja tu. Bila sudah siap semua kerja-kerja itu barulah kami buat kerja-kerja menukang pula. Tapi buat masa sekarang ni baru siap sedikit sahaja, perlahan-lahan asalkan siap. Maklumlah kerana kami masing-masing ada kerja lain, kalau kami tidak buat kerja lain bagaimana kami hendak mendapat modal untuk menyiapkannya.

0 comments:

Post a Comment