Pages

Wednesday 13 April 2011

Teknik memancing ikan pari di jeti pantai perpat


























Salam sejahtera kepada rakan-rakan kaki pancing sekalian kali ini saya ingin bercerita sedikit tentang bagaimana caranya hendak memancing ikan pari di jeti pantai perpat. Nak kata saya ni pandai sangat taklah, tetapi atas dasar pengalaman saya berada di atas jeti pantai perpat saya kerap mendapat ikan pari ini. Antara jenis ikan pari yang kerap bermain di kawasan jeti pantai perpat ini ialah ikan pari tanjung atau gelaran lain ikan pari beting kerana ia gemar bermain di kawasan yang ada beting pasir.

Antara cara-cara yang saya cadangkan, pertama sekali anda perlulah datang awal sebelum air laut pasang, kerana anda perlu tengok keadaan struktur lumpur dan pasir di kawasan sekeliling jeti, apabila anda datang sebelum air pasang anda akan dapat lihat permukaan dasar kerana apabila air laut surut, sekeliling jeti akan menjadi kering. Anda pasti akan dapat melihat di kawasan dasar mana yang ada pasir dan kawasan mana yang ada lumpur. Pastikan anda menghafal di kawasan mana yang ada pasir, kenapa?

Apabila air pasang nanti pastikan anda membuat balingan ke kawasan yang ada pasir kerana ikan gemar bermain di kawasan yang berpasir. Tapi bukan bermakna kawasan yang berlumpur tidak ada ikan, cuma ikan kurang sahaja bermain di kawasan berlumpur. Susah gak nak cakap, kerana saya sendiri pernah dapat ikan pari di kawasan yang berlumpur. Munkin ada ong kot, kata orang cina. Akan tetapi bisanya lebih banyak dapat ikan di kawasan yang berpasir.

Untuk kegunaan perambut pula terpulang kepada anda hendak mengunakan teknik perambut yang mana anda suka, lagi bagus jarak batu ladung tidak terlalu tinggi dengan ikatan tali mata kail untuk memudahkan ikan pari memakan umpan, kerana kedudukan mulut ikan pari itu ber ada di sebelah bawah. Antara perkara yang penting pastikan jarak ikatan mata kail anda adalah satu depa atau lebih daripada perambut. Ikan pari adalah jenis ikan yang cerewet jika ia terlanggar tali ibu pasti ikan pari itu tidak jadi untuk memakan umpan anda. Untuk anda mengetahui tentang umpan apa yang bagus untuk ikan pari ini dan waktu bila ikan pari mula memakan umpan nantikan sambungan artikel ini. Selamat memancing.

handpone 3D game pun 3D jom tengok? klik sini

0 comments:

Post a Comment